Funny Things Happen When You Sleep

Monday, March 04, 2013

Hi guise,

 Hari ni.. Aku nak mendedahkan satu rahsia berkenaan adik aku yang nombor tiga aku.. Nur Syuhada atau Cuada atau Cauda atau Shu atau Osyie atau Bango.. Her name is Bango, Busuk Bango..

(*busuk bango = Imbuhan bango sering digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu yang terlampau busuk. Harus difahami bahawa loghat Terengganu banyak menggunakan imbuhan seperti ini. Contohnya: Terang derang (terlalu cerah), Gelap gelemak (terlalu gelap), Terang randang (kawasan yang kosong/sayup-sayup terangnya) dsb)

Berbalik kepada Bango. Beliau sebenarnya mempunyai suatu tabiat yang sangat lucu. Tapi dia tidak sedar akannya, kecuali kami-kami yg selalu tidur dengannya sahaja yang tahu..

Maka, terjadilah di satu malam, Bango tertidur di ruang tamu..


Begitulah alkisahnya si Bango ini.. Esoknya bangun pagi dia tertanya-tanya.. kenapa manis dalam mulutnya. Dah budak berdua tu, Ika & Era duk sedap suap kek time tido haruslah manis kan. Dia plak boleh pulak mengunyah dan telan cam takde pape. Harap maklum, aku takde kat tempat kejadian masa tu.

Aku patut puji kekreatifan si Zulaikha tu. Tak padan dengan lembut, perdajal orang nombor satu. Kalah aku yang paling tua dan paling brutal ni.. HAHAHAHA.. Bagus! Ada peningkatan sejak duduk dengan aku..

Sebenarnya, bukan Bango sorang yang ada tabiat tido. Onie adik aku lagi sorang pun ada tabiat tido.. Dia suka grind gigi.. Malam-malam grekk grekk grekk duk ketap gigi.. Seram.. Yang bongsu je normal.. Cuma dia suka tido dengan Si Kembang. Pastu Si Kembang mesti tiru cara dia tido. Itu alien..

Tabiat aku yang orang pernah tegur:

1) Mengerang tengah tido. Macam kena dera pun ada. Testimoni dari rakan-rakan : Yusro, Pinud, Roy (tido lam bas pun aku mengigau)

2) Memeluk orang ketika tidur. Testimoni dari rakan baik di Matrik, Cik Hayati

3) Menendang orang jatuh katil. Testimoni dari Pinud. Maaf Pinud. Aku harap pinggang ko tak patah jatuh katil.

4) Menjatuhkan diri dari katil. Testimoni diri sendiri. Ni dah biasa ni. Malam-malam panas, confirm pagi esok dah atas lantai simen. Selalu jadi time duduk U dulu.

5) Mencium dinding. aku tido mengadap dinding. So kadang-kadang aku bangun dalam keadaan badan rapat ke dinding. The same reason, dinding sejuk.

6) Membuka baju. No further comment on this.

So, apa tabiat tido korang? Ewah, tanya macam ada orang nak jawab..

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Adieu

p/s: Kadang-kadang, Bango boleh diajak berborak time tido. Pernah sekali aku dengar Bango dan Onie berbual time tido. Aku gelak sampai nak terkencing. HAHAHAHA

[Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely..] .

14 comments:

  1. bukak baju..? what der..keke
    dlm tdo boleh sembang? =.=' uniknya.. hehe..
    dan taknak cerita kalau tido berkain batik.. sedih..

    ReplyDelete
  2. kenapa berkain batik? ini satu tragedi kalau x cite.. sila post d blog

    ReplyDelete
  3. Bhahahha.. Siyes lawak. Kenat sgt ika. Rongak la gigi choda.

    ReplyDelete
  4. Bhahahha.. Siyes lawak. Kenat sgt ika. Rongak la gigi choda.

    ReplyDelete
  5. menarik pulak nak tau pasal cara tido si kembang kucin kau n Onie adik kau tu.. buat la entri pasal tu.. hoho.

    dulu2 time aku kecik je aku tido unik sikit. setiap kali bangun musti lengkap satu putaran aku buat (kata orang2 yg tido dekat dengan aku la). ;P

    yang bercakap2 tu kawan aku pernah buat dekat rumet dia. memang dorang layan borak.. lama jugak kot.

    ReplyDelete
  6. kunyah kek macam takde pape time tidor..itu WIN! Hahaha..XP

    Member cakap aku selalu ngigau, keluarkan rumus2 sains or jawab soklan2 yg dorang tanya dgn betul..haha..creepy kot..XP

    ReplyDelete
  7. Ak pn ada mmber yg bleh explain apa yg dia bc dlm tido. Akbat tkjub. Lupa nak rakam haha

    ReplyDelete
  8. mujur sumbat cheese cake. kalu sumbat ubat gigi lagi kejam. hahahaa.

    ReplyDelete
  9. haha a. cheh ! bab pdajal orgg srnokk , haha . seb bekk kakak den taa penah buat gituu !

    ReplyDelete
  10. hahaha.... lawak betul! deno pulak tido tak byk gerak, tp pernah jugak mengigau^^

    ReplyDelete
  11. haha.. tapi tu cerita zaman sekolah rendahlah.. masa baru belajar2 pakai kain batik. bila nak tido, ok je, bila terjaga. kain kemana, tuan ke mana.. =.='

    ReplyDelete
  12. tabiat masa tido adalah tertido dkt lengan sendiri..bgn2 je tgok kepala dh berasal dgn lengan..adeh..sakit tgn

    ReplyDelete
  13. Xper day...aku dh beli insurance..mn taw lps ni ko nk tendang lg..aku xkn lupa lgsir bilik ko yg slalu usap pipi aku time tido ngn ko.sumpah crepy..hohoho

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*