lesen L dan kenapa aku buat lagi sekali

Saturday, October 09, 2010

hye ye alls..
sorry senyap lepas dinner ari tu..
well hari ni akhirnya aku ada topic yang agak worthed untuk dikongsi bersama.
secara rasminya, saya cik Deaday Gonzales telah berjaya menjalani kursus KPP hari ni. bagi yang tak tahu, kursus ni wajib untuk mana-mana rakyat malaysia yang nak amik lesen L which by the way, wajib untuk orang yang nak amik lesen P which is compulsory before getting a 'competence driving license' atopun orang kita cakap, lesen besar.

ok.. to those yang kenal aku dari zaman sekolah, korang mesti tau yang aku adalah antara oang yang terawal memohon untuk dapat lesen memandu (untuk motor je time tu)..bila dah dapat lesen L aku pun dah cam terer sangat sampai pergi sekolah pun merempit ahje ngan Wave125 aku tu. diakibatkan oleh ke-syok-kan merempit, aku pun melambat-lambatkan proses untuk dapatkan lesen P.

korang pun tau kan yang lesen L hanya valid untuk dua tahun sahaja dan akan koma sekejap-sekejap selepas 3 bulan. which means, every 3 month kalau ko tak upgrade lesen L ko jadi lesen P terpaksa la renew cam yang bapak aku buat kat aku.. korang agak-agak sendirik la berapa kali ek.. dua tahun..setiap 3 bulan..hahaha...

nak dijadikan cerita, di bulan-bulan terakhir hayat lesen L aku tu, memang aku determined habes la nak dapatkan jugak lesen P. tapi, a day before my big JPJ test ( re-take one..hahaha..kandas kat meniti) aku terlibat dalam satu eksiden yang menyebabkan aku tak dapat mandi dengan sempurna selama beberapa minggu, tak dapat berjalan dengan normal selama sebulan, tak dapat berdiri lama selama 3 bulan,trauma nak bawak motor selama setahun dan tak dapat memakai kasut yang cantik selama-lamanya.

thanks to that a-hole yang harassed aku time aku bawak moto. ..
ceritanya camni..lepas exam SPM, aku melangok je kat rumah. so satu hari kawan aku call,

"Day, datang a umah aku.aku nak tengok artwork ko sepanjang cuti ni"

aku pun okaykan je..aku pun menunggang la kuda merah kesayangan aku tu..lalu kat jalan ni..dah berjuta kali lalu jalan ni..bezanya hari tu nasib aku tak baik sebab ada malaun tu..nak je aku panggil dia asshole tapi ada orang marah..upss..terpanggil sudeyh..


jantan tak guna tu start kacau-kacau aku dari awal jalan..aku try speed nak lari dari dia end up sampai takleh pusing dah minyak..kalau tak salah time tu speed aku 140km/h. ok, bagi korang yang bawak kete maybe tak laju tapi bagi aku yang bawak moto memang laju nak mati sampai rasa tak sempat nak bernafas.

sayangnya, walaupun aku dah baik punya pecut, jantan keparat tu boleh lagi catch up ngan aku.pastu tiba-tiba si bangang tu tarik handle moto aku. cuba korang bayangkan, time kelajuan camtu sempat ke ko nak stabilize kan? to me?hell no!
akhirnya melambunglah aku..


and yes..jalan time tu memang berkerikil cam jalan di atas. kalau tak kerana helmet dan umur yang masih bersisa, dah kojol aku kat situ. with that maniac on the lose who knows what he might do to my poor corpse. well, nasib baik belum jadi corpse.

apa yang terjadi adalah, kaki aku luka, terbukak dan terkoyak sebab bergesel ngan kerikil menyebabkan aku dijahit lapan. ada je gamabar fresh lepas jahit tu. kalau korang request, boleh je aku post. takut korang je tak tahan tengok.

sekarang ni tinggal parut je. lahabau punya badigol sood. jahanam kaki aku

so, after eksiden, aku trauma..beberapa tahun kebelakangan ni baru berani nak menggunakan jalan raya cam dulu. sebab tu sekarang aku apply lagi sekali untuk dapatkan lesen. motor??not now. aku still takleh berhenti menggigil bila bawak moto kat jalan tu. ofcos aku tak bersedia lagi nak amik lesen moto.
so tu je entry kali ni..

p/s: muka aku pun berparut sebenarnya.. quoted from my mum the first time she saw my mangled face

      "ANAK AKU!!!DAH TAKDE ORANG NAK DAH!!!"

really..no joke..

8 comments:

  1. quote ntok sy xder ker??? sbb pkir yg..

    "menakutkan betul muke akak aku ni.."

    ReplyDelete
  2. eee siapa jantan keparat tu. tak guna betul. nasib baik at last u oke jugak

    ReplyDelete
  3. siannye..moto tu cmne skang?idup lg x?

    ReplyDelete
  4. nurulSYAFIKA.@mat pet..memang feymes keparatan mamat 2..

    anon@hidup tapi cam hidup segan mati tak mau

    ReplyDelete
  5. tibe2 rse bsalah sbb ajak ko dtg umah ak!! huaaa..

    ReplyDelete
  6. lah..aku gak yg wt keputusan nk pg..huhu

    ReplyDelete
  7. xpe day..kamu sentiasa comey.sjk dr masa pakai spek dulu lg comey..hehe

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*