how to become a famous blogger #2

Sunday, October 31, 2010

hai hai hai & selamat pagi ahad..
aku tak berapa selamat sebab dah la lutut salah alignment, lubang hidung ni lak asyik bocor macam paip-paip kat Malaysia ni.. oi oi oi!!

lama ke korang tunggu untuk part 2 ni?hahaha..bagi yang menunggu jela kan?
okeh.. terus ke topik perbualan kita..how to become a famous blogger.. now-now..grab your popcorn & sodas!
yeah!

untuk menjadi seorang blogger yang digemari ramai, makan sekali nak tambah lagi..anda harus...

Menjadi Ala-ala Model @ Model Sebenar

haaaa....cik kiah fasten your seatbelt please..

Lyana Hisyam

Lyana Hisyam ni comel kan? blog dia pun okay la jugak..follower dia setakat ni dah 981 orang setakat yang aku jenguk hari ni.. dear blogger, have fun with your blog..aja!
Ailyl Rozanna

Rozanna punya blog ni pun ngetop jugak..last time i checked (kalau tak salah blog la) ada tutorial make up..follower pun satu angkatan yang gagah perkasa jugak..1510 orang..wehee!!jenguk-jenguk la kalau sempat ye?

Fatin Liyana

alah...macam la korang tak kenal yang ni. post yang lepas pun aku dah feature kan?aku suka cara dia lilit tudung & i'm not embarrassed to say that aku tiru cara dia pakai tudung.. so what?is that a crime?
termasuk aku, follower dia mencecah  3641 orang hari ni.hoh!!!sangat meriah!


Hanis Zalikha
kalau tak salah aku dia ni memang model betul kan?
sape tak kenal cik Hanis kita ni sila angkat tangan..angkat la tinggi-tinggi, bukan aku nampak pun..Hanis Zalikha ni dah pernah dapat award Favorite Blogger (bukan yang tag-tag tu tau..ni betul-betul punya award).. cerita ni pun menurut roomate aku la..aku tak tau sangat. satu benda yang aku pasti, cik Obe wan Kenobe pun baca blog dia..ouuuhhhh....terer tak? follower dia lak..jeng jeng jeng!!!!
11,844 orang..OMG!!!

conclusionnya aku tak santek &bergaya cam diorang..ouhh..my poor blog.. tulis sekecil mungkin ye..
so, tu jela entry untuk topik ni.. kalau ada cadangan blog mana yang aku patut feature lepas ni sila kongsi kat ruang komentar ye?aku tau ramai lagi blogger kat luar sana yang ngetop-ngetop. dear reader, plis kongsi link ok? i am a blogwalking zombi. pantang nampak link aku tekan..so, tolong la bagi antidote agar aku dapat hidup dengan gembira di alam maya ini..hohoho.

thank you kepada ezmaliza yang bagi cadangan untuk entry kali ni..

dengan itu..khatamlah entry kali ni..babai ye ols!!

p/s: kali ni tak edit gambar...just print skrin je..korang ingat senang ke nak edit gambar time bersin manjang ni..susah korang tau..

milkyway is milky you know

Wednesday, October 27, 2010

di tempat kejadian, [bilik Sherry]
aku tengah sumbat burger ayam special cheese. muka berkerut nikmat makan burger best papadom beli. sherry duk baca buku traffic. dyana kat katil tengah buat latihan.tiba-tiba teringat lawak kat FB pasal alam cakerawala. terus pandang Sherry dengan muka teruja. pum pang pum pang cerita..selesai..

[aku] amazing isn't it? we're just a tiny dot, insignificant to the universe we're living in.
[sherry] true..true..
[aku] can u imagine, somewhere out there alien exist? the milky way is big enough for that u know..
[dyana] what? did u just said chocolate?

aku ngan sherry pandang Dyana, pastu aku pandang sherry, sherry pandang aku.terdiam kejap.

[aku] i was talking about the milky way my dear..
[dyana] yeah..i know right.. it's a brand right? for chocolate?





oh dyana..we love you..

p/s: takde topik menarik nak post

how to become a famous blogger

Sunday, October 24, 2010

hi ye all selamat pagi ahad..
sudah makan ke belum?belum?bagus..jom kita berlapar bersama-sama..boleh kuruskan badan, boleh mengurangkan penggunaan duit yang memang dah kering dalam reservoir korang & tidak lupa boleh mencetuskan gastrik yang akan kemudiannya menyebabkan ulcer macam yang terjadi kat aku setahun lepas..oh man..i love my life..

back to the topic.. how to become a blogger celebrity that has loads and loads of follower.. harus dinyatakan di sini, aku hampeh. tengoklah follower aku..40 org je..tu pun sebab aku follow blog aku sendiri & paksa adik aku follow aku..kalau tak baru 38 orang..oh, sedihnya..

untuk menjadi seorang blogger yang orang suka follow, anda haruslah..

Belajar Di Luar Negara

huhu..yang part ni memang semacam betul..tengoklah blogger celebrity kat bawah ni..ni semua belajar obersee ni lu tau?

Fatin Liyana.. belajar kat Indonesia.. bakal doktor ni.. tengok follower dia.. 3ribu lebih..fuhh..sungguh otai..


yang ni pulak Izatie.. study kat Australia.. ostolia tu lu tau..ostolia!
follower dia tak seramai Fatin Liyana tapi significant jugaklah nak berbanding aku kan?


yang last ni my feveret.. Obefiend Weiland!! link ni untuk blog serius.. lagi dua blog dia tu korang ushar la sendiri..ohh..aku mang suka baca blog ni.. my feveret.. beliau la yang mengajar aku menjadi seorang yang raging manjang.. pernah belajar kat UK dulu..entry mamat ni pun sesardin dan seotai dirinya jugak.


tambahan ni blog Encik Zack Zukhairi.. student kat Jepun. aku tak pasti la dia dah grad ke belum sebab dah lama dia menyepi..follower yang dah boleh buat satu angkatan tentera..ampun tuanku..

haish..nampak gayanya takde harapan la aku nak feymes macam diorang ni..almaklumla aku belajar kat malaysia je. kat UTM je.. tak macam diorang-diorang ni..huhuhu..
one question..kenapa ek orang suka sangat follow budak-budak obersea punya blog? diorang lagi cool eh?
hehehe.. bagi aku blog yang aku list kat atas ni best la jugak..terutamanya Obe tu... memang addictive.. ada kualiti..huhu

ok la..aku sebenarnya nak panjangkan lagi entry ni tapi mau nak menangis aku dibuatnya kalau nak list semua..korang tunggu jela part 2 nanti.. sebagai penutup entry kali ni.. kurangkan control besi, tingkatkan peres tasi..

p/s: aku dah link korang..harap jangan saman aku..aku cuma orang kerdil..owhhhh~~
p/s: gila aa..dari pagi sampai tengahari aku duk menaip menda alah ni..kejadah!!memang takde life..



muntah darah

Tuesday, October 12, 2010

tajuk entry yang tak de kena-mengena ngan topik hari ni..


hyep..
aku baru lam setengah jam balik dari game futsal hari ni..thanks guys..to be honest, mood tak elok sangat hari ni but can't complaint though..tengah main tadi happy la jugak kan..tapi bila dah sampai bilik mood aku down balik.

tapi tadi kan..masa bukak blog ni aku ternampaklah bloglist kat tepi entry aku tu..ok, bukan ternampak tapi memang sengaja tengok.kepada yang ada dalam list tu, percaya la entry korang sentiasa aku follow sebab aku seorang blog addict..(bukan addicter ok?tah sape la yang reka istilah tu..eish..bikin malu jak la)

back to the topic. tengah sedap scroll tengok list tu ternampak lak adik aku punya blog link timbul..uish..dah update blog..bagus ni..aku pun tett, tekan link tu..baca punya baca aku tergelak sorang..thank you so much to my sister yang dah berjaya buat aku hepi dengan sekerat entry yang besh..bagi aku laa..
kalau korang nak baca silakan.. belog hadek haku ..

tu je cerita aku di petang yang dah bertukar malam ni..peace out..

p/s: barang baru mestilah sayang-sayang, belek-belek sepanjang masa..barang lama ni tinggal-tinggalkan kat penjuru bilik..

lesen L dan kenapa aku buat lagi sekali

Saturday, October 09, 2010

hye ye alls..
sorry senyap lepas dinner ari tu..
well hari ni akhirnya aku ada topic yang agak worthed untuk dikongsi bersama.
secara rasminya, saya cik Deaday Gonzales telah berjaya menjalani kursus KPP hari ni. bagi yang tak tahu, kursus ni wajib untuk mana-mana rakyat malaysia yang nak amik lesen L which by the way, wajib untuk orang yang nak amik lesen P which is compulsory before getting a 'competence driving license' atopun orang kita cakap, lesen besar.

ok.. to those yang kenal aku dari zaman sekolah, korang mesti tau yang aku adalah antara oang yang terawal memohon untuk dapat lesen memandu (untuk motor je time tu)..bila dah dapat lesen L aku pun dah cam terer sangat sampai pergi sekolah pun merempit ahje ngan Wave125 aku tu. diakibatkan oleh ke-syok-kan merempit, aku pun melambat-lambatkan proses untuk dapatkan lesen P.

korang pun tau kan yang lesen L hanya valid untuk dua tahun sahaja dan akan koma sekejap-sekejap selepas 3 bulan. which means, every 3 month kalau ko tak upgrade lesen L ko jadi lesen P terpaksa la renew cam yang bapak aku buat kat aku.. korang agak-agak sendirik la berapa kali ek.. dua tahun..setiap 3 bulan..hahaha...

nak dijadikan cerita, di bulan-bulan terakhir hayat lesen L aku tu, memang aku determined habes la nak dapatkan jugak lesen P. tapi, a day before my big JPJ test ( re-take one..hahaha..kandas kat meniti) aku terlibat dalam satu eksiden yang menyebabkan aku tak dapat mandi dengan sempurna selama beberapa minggu, tak dapat berjalan dengan normal selama sebulan, tak dapat berdiri lama selama 3 bulan,trauma nak bawak motor selama setahun dan tak dapat memakai kasut yang cantik selama-lamanya.

thanks to that a-hole yang harassed aku time aku bawak moto. ..
ceritanya camni..lepas exam SPM, aku melangok je kat rumah. so satu hari kawan aku call,

"Day, datang a umah aku.aku nak tengok artwork ko sepanjang cuti ni"

aku pun okaykan je..aku pun menunggang la kuda merah kesayangan aku tu..lalu kat jalan ni..dah berjuta kali lalu jalan ni..bezanya hari tu nasib aku tak baik sebab ada malaun tu..nak je aku panggil dia asshole tapi ada orang marah..upss..terpanggil sudeyh..


jantan tak guna tu start kacau-kacau aku dari awal jalan..aku try speed nak lari dari dia end up sampai takleh pusing dah minyak..kalau tak salah time tu speed aku 140km/h. ok, bagi korang yang bawak kete maybe tak laju tapi bagi aku yang bawak moto memang laju nak mati sampai rasa tak sempat nak bernafas.

sayangnya, walaupun aku dah baik punya pecut, jantan keparat tu boleh lagi catch up ngan aku.pastu tiba-tiba si bangang tu tarik handle moto aku. cuba korang bayangkan, time kelajuan camtu sempat ke ko nak stabilize kan? to me?hell no!
akhirnya melambunglah aku..


and yes..jalan time tu memang berkerikil cam jalan di atas. kalau tak kerana helmet dan umur yang masih bersisa, dah kojol aku kat situ. with that maniac on the lose who knows what he might do to my poor corpse. well, nasib baik belum jadi corpse.

apa yang terjadi adalah, kaki aku luka, terbukak dan terkoyak sebab bergesel ngan kerikil menyebabkan aku dijahit lapan. ada je gamabar fresh lepas jahit tu. kalau korang request, boleh je aku post. takut korang je tak tahan tengok.

sekarang ni tinggal parut je. lahabau punya badigol sood. jahanam kaki aku

so, after eksiden, aku trauma..beberapa tahun kebelakangan ni baru berani nak menggunakan jalan raya cam dulu. sebab tu sekarang aku apply lagi sekali untuk dapatkan lesen. motor??not now. aku still takleh berhenti menggigil bila bawak moto kat jalan tu. ofcos aku tak bersedia lagi nak amik lesen moto.
so tu je entry kali ni..

p/s: muka aku pun berparut sebenarnya.. quoted from my mum the first time she saw my mangled face

      "ANAK AKU!!!DAH TAKDE ORANG NAK DAH!!!"

really..no joke..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*