Tag: Superpower

Tuesday, August 02, 2016

Hi guise,

Bersempena kebanjiran movie superhero lately ni, jom discuss pasal superpower. Aku banyak kali dah berangan nak ada super power ni. Yelah, macam-macam boleh setel dengan senang kalau ada certain super power. Dulu aku pernah terfikir nak ada superpower yang boleh seru duit. Tapi bila pikir-pikir tak perlu jadi superhero pun boleh ada kuasa tu. Jadi bomoh tarik duit pun boleh seru duit. Seru duit orang bodoh yang mudah tertipu ngan janji palsu bomoh kelentong hahaha.

Anyway, kuasa seru duit tolak tepi.Pastu aku ada rasa nak ada kuasa boleh bertukar rupa jadi siapa-siapa je yang aku nak. Akulah perempuan paling hot kalau boleh tukar rupa camtu je. Tapi, kalau boleh tukar rupa, bukan rupa aku dah la. Bukan muka anak Ayah Chik Aleng ngan Mokcik Lah dah la. Eh takleh jadi. Taknak kuasa tukar rupa.

Last-last aku settle down dengan kuasa teleportasi. Alah, macam dalam cerita 'Jumper' tu. Yang boleh gerak ke mana-mana dalam sekelip mata. Aku taknak kuasa lari laju sebab still kena lari dan aku tak suka lari biarlah laju mengalahkan Quicksilver pun. Kalau ada kuasa teleportasi, takyah aku duk KL ni. Duk kat umah umi abah kat Ganu je. Setiap pagi nak pegi kerja kelip-kelip mata je. Hahaha. Rasanya tak jalan dah aku kalau boleh teleport sesuka hati. Bayangkan pulak kalau nak pindah rumah, aku just sentuh je barang apa aku nak bawak dan barang tu akan teleport sekali ngan aku. Uhuhuhuhu.. nice! Bercuti kat luar negara takyah cakap la. Jangankan Paris, Seoul, kalau nak makan ABC aku teleport je sampai puncak Everest, scoop ais parut fresh. Hahaha.

Kalau korang boleh pilih kuasa korang, apa yang akan korang pilih? Super strength? Super brain? Magic? Telekenesis? Jawab soalan ni kat blog masing-masing pastu tinggalkan link kat komen. Nanti aku jenguk.

Sebagai permulaan, aku buat tag wajib kena jawab kalau tak kena denda dua puluh sen. Aujinz, Ankel Jonni, cEro, Plain83, Zygha, Yus, Beng Osmang dan Faye, mohon menyahut. Tak sahut kena bayar dua puluh sen,

Yang lain tu bukan aku tak tag tau. Kalau semua pun aku tag, korang nak tag sape. LOL. Jangan lupa tinggal link kat komen bawah sana. Curious nak tau korang punya super power. Manalah tau kot-kot boleh tubuhkan Avengers ke Justice League ke League of Extraordinary Gentlemen ke (yang last tu mesti tak ramai yang tau).

Sebelum aku blah, jemput baca komik merapu~~! Pyyong!



Sesi daydreaming featuring Kei-san

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Kalau aku boleh bagi superpower kat semua nyamuk atas muka bumi ni, aku dah bagi kuasa sedut lemak kat badigol tu semua. Dah la gigit gatal, silap haribulan kena sakit denggi la, chikunguya la. Cuba sedut lemak ada jugak pekdah.
p/p/s: Kei punya superpower yang paling sesuai adalah invisibility. Come to think about it, dia memang ghaib pun. Ahahaha


34 comments:

  1. Hahahahaha.. kuasa sedut lemak... Kei, sedut lemak aku sekali.. wkwkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taring sedut lemak dia exclusive utk aku sorang je. lol

      Delete
  2. Thank you sbb ko bagi aku chance nak post entry baru. Bahahahha. Nantikannn~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak mencelah menempek komen kat sini, dan tiru komen Yus.

      Thanks sebab bagi aku chance nak post entry baru. Muehehehe... nantikan~ X3

      Delete
    2. Celah-celah jugak.. Cepatlah menyambut ye P

      Delete
    3. Bacalah sambutan aku ini, M (or D) X3

      http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2016/08/superpower-tagged-by-deaday.html

      Delete
  3. Omg sedut lemak aku juge. Sejak balik malaysia asyik mkn sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia sedut ko macam pelik pulak Faye!!! Kei aku punya.. Cari pakwe lain!

      Delete
  4. aku nak power boleh baca hati orang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku pernah terfikir nak ada kuasa yang boleh tau apa orang fikir dan rasa tapi cuba bayangkan klau ko takleh ignore kata hati orang. mesti bising gila dunia ni 24 jam duk dengar suara kecik tu. Tambah pulak jumpa orang yang bermuka-muka. Moh, amau aku jadi super antisocial. nyahahaha.

      Tapi dapat tau isi hati orang boleh elak banyak salah paham. cuma ko sendiri bersedia tak nak kenal kejujuran orang sekeliling tanpa tapisan?

      Delete
  5. aaa comelnya perut muffin ko, hahahah i like it that way!
    Sian Kei terpaksa jd penyedut lemak. ahem, nantikan entri dari aku.... muahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel pun sendat. Kalau boleh makan cam muffin betul tu ley tahan lagi

      Delete
  6. Kei, bagi aku lemak2 tuh sikit, bolehla aku tahan sejuk sikit..


    Tak kena tag, kechhhiiiiiikkkk hati macam spinderman sebab tak dapat join Avengers.. QAQ


    Aku nak super power macam The Flash or Quciksilver.. Boleh buat banyak benda dengan cepat.. Boleh pergi mana jek dengan cepat, aku nak melancong merata..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku hdiahkan selimut la, x perlu transfer lemak. hohoho.

      Babe, maaflah tak tag. Tapi buatkanlah entry satu dari tag ni.

      Delete
  7. KAHKAHKAH tahap malas kau ni patut dapat award bae. Lari laju pun taknakkkkk
    Menarik2. Tunggu aku settle kerja2 tertunggak minggu ni dulu :D

    **Gila taktau League of Extraordinary Gentlemen! Haha. Layann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lari masalahnya tu yang malas tu. Cepat sikit aku tuntut hutang entry

      **niceu ko memang soulmate aku. Hahaha**

      Delete
  8. nak power sedit jerawat supaya jerawat hilang
    follow here #351
    kalau sudi follow lah balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power jerawat hilang kalau menurut iklan kat TV boleh dapat kat kedai-kedai guardian dan farmasi berdekatan

      Delete
  9. Alaa... Tak tag saya. Tapi tak apa lah.
    Hmm.. nak kuasa apa ya? Nak kuasa tidur, tapi bila bangun je, kerja dah siap. Boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, tak tag..

      Kuasa tido tapi kerja siap tu macam mana ye? Macam ada bunian tolong siapkan time tido ke cane? huhuhu. uuu boleh buat komik premis ni

      Delete
  10. Cute tapi tensen tengok dia bergegar tak kira masa. lolol

    ReplyDelete
  11. Oh, liposuction. Aku dengar ianya cukup menyakitkan, dan penjagaan selepas treatment tu agak remeh dan kalau luka tu tidak dijaga dengan baik, boleh kena jangkitan kuman. Maka, jalan terbaik untuk kita singkirkan lelemak degil kita ni ialah melalui cara2 conventional saja iaitu exercise regularly dan kurangkan memakan makanan yang menambahkan lelemak baru pada badan. Ganbatte to us both... (~ TTwTT)~"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa liposuction. HAHAHAHAHA.. Aku hari tu pernah terfikir nakbuat lipo tapi mcm ko ckp la. ada banyak cite tak best pasal liposuction. Lagipun mahal nak mampus

      Delete
  12. Hmmm...
    Aku ingat aku je yang pelik dalam duni ni berangan dengan seriuos nak super power apa, rupanya ramai lagi seangkatan aku. Kita patut buat satu team dipanggil Freaksters. Hahahaha

    Aku pernah dengan seriousnya menimbal balik semua super power yang ada dalam dunia (fantasi) ni dan ada beberapa yang sangat menarik minat aku. Nanti aku cerita dalam blog. Hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh pantas C..
      Setiap kali tengok cite superpower pun aku terpikir nak kuasa apa. Hahahaha

      Delete
  13. Aku dah buat, anda bila lagi? selamat doposen.

    http://zyraroxx.blogspot.my/2016/08/mind-control.html?m=1

    ReplyDelete
  14. Aku dah buat, anda bila lagi? selamat doposen.

    http://zyraroxx.blogspot.my/2016/08/mind-control.html?m=1

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*