Menuju Medan Bakti

Wednesday, July 10, 2013

Hi guise..

Selamat satu ramadhan.. Selamat berpuasa.
Dikesempatan ini aku nak ucapkan Jangan ponteng pose. Especially yang duduk site, kena banyak bertabah bulan2 puasa ni.

Cakap pasal keje di bulan puasa ni aku ada sedikit cuak la pikir macam mana nak lalui bulan puasa ni kat site. Nasib baik la keje aku bukan duduk site satu hari. Far better than the guys who need to be on site all the time like site supervisor, piler, safety etc.. Fuh, tak tahulah betapa otainya depa ni bila dah takleh minum takleh makan. Tapi alhamdulillah.. Nak masuk bulan puasa je suhu rendah, hujan mula turun.. Awan mendung je selalu. Selesa pegi site.. Takdelah terik sangat sampai takleh bukak mata. Nikmat sungguh.

Bagi yang keje construction, hujan adalah benda yang bitter sweet. Best cuaca sejuk tapi keje takleh jalan sebab soggy earth.. Time-time cani la slope nak runtuh la.. pekerja nak demam la..borehole terkambuslah..Takleh nak premix la.. Banyak issue la.. Tapi keje tetap kene jalan.. Construction must go on. Nak-nak kalau dah senak kejar completion date. Apa korang fikir MRT boleh siap dalam satu hari bergaduh kat internet? It's a hard work.. And your internet bashing really DOES help a lot. Thank you fellow Malaysian.

Potong rambling, komik is served.. 2 hari lepas

Ye.. Seronok kan?
Boss aku ni comel betul.. Tengah sedap duk pung pang pung pang screw contractor, bup hujan lebat.. Semua duk bawah payung sama. Tadi bukan main macam nak wrestling kat site. Dah hujan gaduh bawah payung. Comel gila. Aku tengok dari jauh je sebab payung tak muat.. Tunduk dengan penuh sopan.. Aku sedar aku kuli je.. Sambil lap air hujan menitik kat muka..

Selamat berpuasa everyone. Di saat hati ada rasa nak ponteng puasa, ingatlah.. Dekat site sana, ada buruh yang dari pagi ikat besi, angkat kayu kayan yang berat, menggagah lagi puasa penuh. Kerja tetap kerja tapi tanggungjawab jangan lupa. Bulan berkat ni.. Jangan sia-sia kan dengan perkara duniawi je.

Aku doakan yang terbaik buat pembaca yang dikasihi. Semoga Ramadhan memberi sesuatu yang berbeza kat korang tahun ni. Insya Allah.

Adieu

p/s: Alhamdulillah, sahur pertama tahun ni Kechik yang kejutkan.. Hahaha

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

11 comments:

  1. happy fasting cik deaday! hohoho
    pagi2 ni dah disambut dgn hujan alhamdulillah.


    *hrp2 lepaslah komen ni XD, last time tak lepas zone nk komen*

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa juga kepada semua buruh2 binaan 1 malaysia yg kerja kuat menyiapkan bangunan..

    ReplyDelete
  3. yay lepas!!! Selamat puasa juga..

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa kepada tangan kreatif buat komik.. Majulah komik di bulan puasa!!

    ReplyDelete
  5. Akak 6 tahun dah tinggalkan semua kerja2 site...:)


    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa juga kepada semuaa yang gigih dan tabah berpuasa di luar sana...

    yang berpuasa kat dalam sana pon, selamat berpuasalah jugak... koh koh koh

    ReplyDelete
  7. Nurul FarahizzatiJuly 10, 2013 at 11:52 AM

    Selamat Berpuasa sis! jangan buka mulut tadah air hujan.. hehe,,

    ReplyDelete
  8. Orang kat dalam sini cakap, selamat berpuasa kepada Aujinz.. Nak moreh

    ReplyDelete
  9. Dem, baru ingat nak buat skill terkutuk tu. mehehehe

    ReplyDelete
  10. A Letter For HimJuly 12, 2013 at 8:38 AM

    selamat berpuasa.
    kalau hujan, memang takkanlah turun site. lecah safety shoes..

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*