nerd : kami tak bodoh

Saturday, January 22, 2011

aku nerd..aku tau..

masa aku kat sekolah menengah dulu, aku pakai spek bulat, tudung bulat & segalanya pun bulat jugak..orang tak kenal siapa Nur Hidayah binti Abdul Halim kelas 2 as-saff. aku jalan tunduk sebab segan dengan orang. hobi aku melukis tak kira waktu.tak lupa juga membaca kamus KBSR. ya..aku tak buat lawak.aku memang suka baca kamus. tak tahu la kenapa. novel lak memang aku anti walaupun mak aku seorang penulis novel.

tak ada yang special pasal aku. aku bukan anak orang kaya. mak sedara aku bukan orang besar yang ada pengaruh kat sekolah tu. tak jugak bapak sedara aku seorang Datuk yang gah namanya. aku cuma seorang budak nerd yang selalu duduk di penjuru kelas. tak dikenali..tak ingin dikenali..

kawan-kawan kelas yang tak faham hobi aku selalu cakap aku buang masa duk melukis sedangkan masa tu aku kena dengar cikgu mengajar kat depan. aku tak amik port walaupun terguris jugak jiwa macho aku ni. aku rasa rendah diri dengan budak-budak sekolah aku. so, masa form three aku dapat tau aku ada peluang untuk keluar dari sekolah tu, mulakan balik hubungan sosial dengan makhluk bernama remaja dengan satu identiti yang lebih mesra alam.

satu pagi, lepas perhimpunan, seorang cikgu buat pengumuman.

" kepada pelajar yang berminat nak isi borang sekolah asrama penuh boleh datang depan amik borang"

aku berdebar-debar. Ok..aku nak sangat masuk sekolah asrama penuh. selepas kegagalan nak dapat MRSM masa UPSR dulu, makin berkobar-kobar rasanya nak try nasib kali ni. malu-malu tapi aku hadapkan jugak cikgu yang tengah bagi-bagi borang. aku hulur tangan. cikgu tu pandang aku..

" awak tak payah. takkan dapat jugak. result awak biasa-biasa je"

PAP!
rasa tertampar jiwa marhein ini. aku blah tak berpaling dah. yang pasti rasa bengang dan rasa tercabar. and finally result PMR keluar. ok, 8A. agaknya aku memang tak layak, macam yang cikgu tu cakap kat aku. hidup hampa, tambah rasa tak bermakna. nak-nak budak yang digilai telah berpindah sekolah. oh..tragis..


.bakal bersambung..


3 comments:

  1. tak sbar nk bce smbungan!! XD

    ReplyDelete
  2. hahaha..ko wt a gak..meh baca versi ko lak

    ReplyDelete
  3. ermm. i think it's not weird to love reading kamus coz I also love doing so when i was in my 2ndary school. hahaha!!

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*