nerd : kami tak bodoh [2]

Saturday, January 22, 2011

part deux everyone..


memandangkan kegagalan untuk berpindah sekolah disebabkan oleh latar belakang kokurikulum yang lemah (hey, don't blame me...sekolah tu memang tak bagi peluang kitorang aktif) aku tersadai lagi kat sekolah yang sama. niat untuk berpindah ke sekolah teknik juga ditentang keras oleh kawan karib aku cik yus dan cik ana. kononnya rindu..nanti payah nak jumpa. the fact is sekolah teknik yang dimaksudkan tu dalam sejengkal je. sangat drama la kami di zaman remaja.

bermula di tingkatan empat aku jadi jahat sikit.tak jahat sangat-sangat tapi ada jugaklah monteng kelas..dalam seminggu tiga kali je pergi sekolah sampai cikgu kelas datang jumpa aku tanya apa problema aku time tu. aku cakap sakit kepala. damn..dah takleh ponteng. cikgu dah perasan. serius aku ingat aku time tu sangat insignificance sampai takde orang perasan aku pergi sekolah ke tak.

terdengar kabar berita lelaki yang digilai sudah berkapel dengan kenalan di sekolah baru. aduh.. macam tertusuk panah beracun rasanya time tu. time ni aku dah mula berjinak dengan handphone. sangkutlah seorang mamat utara jadi marka che. pakwe pun setakat mesej.almaklumlah jauh..

orangnya baik tapi suka buat aku rimas sebab ayat wajib dia ni setiap kali mesej..

"Hidayah budak baik"

aku terlampau fed up dengan label tu sampai satu masa aku pun tak tahan lalu jatuhlah talak ke atas mamat capoera yang tak pernah ku tatap wajah baby facenya itu. sorry..aku memang kejam. aku tak baik pun..walaupun aku nerd..

bakal bersambung...

1 comment:

  1. lagi2!! hahaha... ske a bce memory lame.. mang kte btga bnyak drama sungguh kat sekolah!

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*