tiga minggu yang menguji jiwa

Friday, March 27, 2009

bila berdepan dengan monitor ni lepas dua tiga minggu menyepi memang mbuatkan aku teragak-agak nak mula menulis. idea tu ada.. banyak dan bercelaru. kenangan yang paling aku nak catatkan kat sini adalah camping family di sg congkak. memang seronok. tempatnya damai, sejuk, tapi sungainya agak cetek. ah! pedulikanlah. aku ni boleh dikatakan agak kemaruk nak mandi sungai sebenarnya sampai aku tak fikir panjang dan terus terjun, berseronok dalam deru air yang memang dingin. segar! dari pagi sampai petang rasanya aku asyik berendam je. sedar-sedar perut dah berbunyi, jemari dah kecut mengocak air sungai. sepupu aku, Ijan bising di tebing sungai.
" oyie!naiklah. tak sejuk ke?!cepat,nak makan ni"
aku tersengih menampakkan gigi yang berlaga kesejukan.
malam tu kitorang bbq ayam. sedap sangat. aku memang suka sangat-sangat aktiviti outdoor ni cuma masa dan peluang yang tak mengizinkan.
akibat keasyikan bermain air sungai selama dua hari di sungai congkak, aku tersembam di katil sebaik tiba di rumah angah(sepupu aku di kinrara,puchong).
aduh..sengal tubuh badan. tak lupa jugak kepala yang benjol akibat terhantuk batu di dasar sungai ketika kononnya mencuba lagak diving dalam tv.
tepat pukul satu malam aku tercongok di hentian pudu. ya allah mengantuknya. sherry yang berbaju kotak menyapa aku. aku tersengih. dah kira nasib baik aku tak sorang2 naik bas ke JB. pkul 1 pagi pulak tu!
sampai di Jb, tanpa sempat berehat aku mandi-mandi dan bersiap ke kelas. memang menguji ketahanan fizikal. malam tu juga aku sesak-sesak nafas. mungkin aku dah sampai limit yang badan aku mampu tanggung.terus aku demam. dalam dua minggu jugalah aku mengerang sorang diri dalam bilik. kecil hati pun ada juga sebab rasa macam bersendirian je. almaklumlah orang lain pun ada kehidupan sendiri dan aku sendiri diamkan je sakit yang aku rasa ni. masuk minggu ke tiga batuk tak berkurang,. aku naik bimbang. terus aku ke pusat kesihatan (selepas beberapa kali penangguhan akibat tiada kenderaan). sesampainya dalam bilik doktor aku pun ceritalah semua. doktor tu pun suruh aku datang lagi esoknya untuk buat ujian darah dan xray. mungkin sebab batuk yang berlanjutan tu aku terpaksa buat semua ujian tu. sehabis ujian kesihatan tu semua aku kena berulang lagi ke pusat kesihatan pada hari yang lain untuk dapatkan keputusan ujian. hari ni lah tu. alhamdulillah darah aku tak ada masalah. aku cuma kena pergi balik untuk buat ujian lain. aku mula panas hati sebab berulang kali buat kerja yang sama. dahlah pusat kesihatan tu jauh. sakit hati aku. biarlah. aku dah tekad yang aku takkan pergi pusat kesihatan lagi. muktamad. doakanlah aku akan sembuh sebab aku dah malas dan tak larat nak melangkah ke hujung dunia tu lagi.

4 comments:

  1. alaaa day..
    sdehnye...
    ptutla ari2 ckp dmm..
    n ak pn bru trbce blog ne..
    i dont noe it's going to be hard like dis..
    sory..for not being bside u..
    wuwu~
    miSh u la..

    ReplyDelete
  2. bila berjalan gie PK (kalau berjalan la..), secara tak sengaja nyer ko dh keluarkan peluh.. yg mana bgs sgt la, masa demam kita dpt kuarkan peluh sbb de kurgkn haba dlm badan.. hehheeeee

    ReplyDelete
  3. bila berjalan gie PK (kalau berjalan la..), secara tak sengaja nyer ko dh keluarkan peluh.. yg mana bgs sgt la, masa demam kita dpt kuarkan peluh sbb de kurgkn haba dlm badan.. hehheeeee..

    p/s : sebenarnya, aku dh tersalah guna ID.. member aku tak logout de punya, aku igt aku nyer... hehehee.. mmg sama la comment nyer..

    ReplyDelete
  4. tq korang..aku dh sihat dh..alhamdulillah..

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*