Peta Malaysia di Tapak kaki

Tuesday, April 14, 2009

Apa ke pelik benar tajuk tu kan? inilah yang aku nak start cerita ni. hari sabtu lepas aku bergegas ke melaka. enam setangah pagi aku dah tercongok depan blok L12 menunggu kancil si Wan ni menjemput.sejujurnya memang teruja sangat nak melawat tempat yang tak pernah aku jejak ni. walaupun tiket bas ke terengganu yang sepatutnya pada hari jumaat tu terpaksa aku tundakan ke hari ahad, aku masih lagi rasa pengalaman yang aku kutip sepanjang satu hari di rumah Mak Jang tu pengalaman yang sangat-sangat bermakna bagi aku.setibanya di rumah mak jang, pak lang bawak kami berlima ke sekolah rendah sri gelam. mintak maaf kalau aku silap eja. kat sana kami bincang tentang tentatif program dan prosedur-prosedur kerja yang patut kami jalankan. baliknya dari sekolah terus ke rumah pengerusi jkk, berbincang tentang program bakti siswa yang bakal kami langsungkan sepanjang berada di kampung tu. penat. tertekan pun ya sebab rasa macam banyak lagi benda yang kami tak selesaikan. banyak juga benda baru yang aku belajar.petangnya sesi berjalan-jalan di bandar warisan tu. cantik tempatnya.tak puas melilau.pejam celik pejam celik dah lewat sangat dah. terus kami bergerak ke rumah nenek(sebelah rumah mak Jang) yang dah siap menghidang makan malam.lepas kenyang perut merasa masakan asam pedas mak Bik kami dah beransur-ansur nak balik ke utm. asalnya nenek tak bagi balik sebab dah malam. hujan pulak tu. mestilah bimbang. tapi dah terdesak sangat sebab ada banyak lagi kerja tergendala kami teruskan jugak rancangan nak bergegas balik.sedihnya masa tu..rindunya kat Faris anak Mak Jang. sebelum balik tu sempat lagi dia peluk aku kemas-kemas macam taknak bagi aku pergi. aduh.. beratnya hati masa tu. walaupun baru sedetik dua aku kenal si faris tu tapi aku rasa macam mesra sangat dah. sayangnya aku rasa kat dia. jangan salah faham ye.. Faris tu baru darjah dua.
aku sampai kat bilik dah pukul 1 rasanya. penat tu tuhan saja yang tahu. terbungkam aku dengan beg bersepah di lantai. esoknya, celik je aku cepat-cepat kemaskan bagasi yang nak dibawa balik ke terengganu.tepat pkul 9.45 mlm ahad aku berkejar ke sri putri. badan yang penat sebab ke melaka pun masih terasa sengal, nikan pulak nak tercongok duduk dalam bas selama sepuluh jam. boleh pulak bas tu rosak. aduhai...banyak betul halangan. tapi nasib baik jugalah dalam rosak-rosak bas tu mampu lagi la bas tu merangkak sampai kuala terengganu. memang syukur sangat..penatnya aku..nampak gayanya tak lama lagi demam balik la aku..huhu.

2 comments:

  1. ooo.. ini la de nyer program yg nak rahsiakan dari aku tue.. hehehee

    setakat bakti siswa.. aku dh berbakti pada negara tau.. heheheheeee

    ReplyDelete
  2. hahah.. majulah dayday utk PEKA

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*