Apps Cari Jodoh

Wednesday, August 05, 2020

Jodoh pertemuan itu ketentuan ilahi. Kalau nak berpasangan, haruslah diletakkan usaha mencarinya. Ada sorang kenalan aku ni join Apps cari jodoh. Macam mana aku tau? Dah dia hari-hari duk announce kat Facebook, maunya tak tau.
Bagi yang tak tahu, apps-apps begini memang ada ruang chat untuk berkenalan dengan calon pasangan. Biasanya ruang chat one-to-one dengan ada seorang moderator yang akan observe korang punya interaction supaya tak melalut ke arah yang bukan-bukan.

Dah bagus dah design apps untuk memastikan process taaruf berlangsung dalam keadaan terkawal dan pada masa yang sama melindungi privasi pesertanya. Yang tak sedapnya bila benda yang sepatutnya tinggal dalam Apps dibawak keluar ke media sosial yang lain seperti twitter dan facebook.

Baru-baru ni sorang individu ni asyik duk share perbualan dia kat situ. Agak tak sedap la tengok dia macam memperkecilkan calon-calon yang cuba masuk line. Kalau tak berminat, janganlah melayan. Kan serius mencari jodoh, bukan nak chat suka-suka. Kalau nak chat suka-suka join la group kat Facebook. Ramai yang gatal merenyam kat situ. Nak gurau, nak mengutuk, nak subtweet ke unmensi ke, benda kat facebook kekal kat facebook. Benda kat apps biarlah senyap kat situ. Jangan duk pikir kita lawa, ramai orang cuba nak kenal, elok duk kutuk depa belakang-belakang.

Aku nak tegur tapi tak lama lagi aku pun nak balik kampung. Kang tak pasal-pasal gaduh lak. Duk jauh tak pela nk gaduh pun. Duk satu kampung karang datang tarik-tarik rambut depan rumah. 

Hah naya.

Adieu

4 comments:

  1. Peh... tu dia bukan cari jodoh tu, dia cari bala. Takyah tegur apa pun orang macam tu Day, biar ja dia. Sikit hari lagi tu mendapat la habuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAdang-kadang aku rasa dia just nak cari orang yang memuja-muja kecantikan dia, bukan nak cari laki pun.. pergh mulut aku

      Delete
  2. Dulu masa ada twitter selalu nampak orang screenshot DM lelaki yg nak berkenalan dengan dia. Sometimes conversation pun dia letak sekali kat timeline. Mungkin alasannya untuk nampak dia hot item. Padahal bila aku tengok alah bengongnya. Tak payah la share pun. Kesian orang yang betul-betul ikhlas nak kenal.

    Berkenaan apps jodoh ni, ada member yg berkahwin hasil dari apps begini. Mungkin sebab betul cara dia menggunakannya. Ada orang yang rasa apps macam ni bodo2 je. Padahal ini juga salah satu dari cara untuk berusaha mendapatkan jodoh. Takkan nak duduk diam saja jodoh jatuh dari langit kan?

    Kepada kawan tu, kalau sikap dia begitu... nampak gayanya susah juga dia untuk bertemu jodoh nanti.. adududud..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting niat kena betul. Kalau nak berkenalan dengan stranger semata-mata untuk rasa hot, huh x kemanalah..

      Memang kena ada usaha untuk cari jodoh. Takkan jodoh jatuh dari langit lain lah tengah jalan-jalan jatuh mamat hensem dari pokok terus ajak meminang. itu barangkali suami kiriman tuhan. ohhh

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*