Beberapa tahun dulu, salah seorang kawan baik aku pindah negara. Masa tu dah macam sedihnya.. Mesti dah payah nak jumpa. Ditambah pulak masing-masing sibuk dengan dunia sendiri, jaranglah boleh berborak walaupun masing-masing manjang kat Instagram. Fast forward 2 years or so, she asked for a video chat. Of course la aku ON je sebab dah rindu kan. Long-distance relationship ni lain macam sikit kaedahnya.
"We should do this more often" and end-up never video chatting again.
Masa ni la dia bukak cerita yang dia ada crush and apparently the crush had a crush on her too. So bukan bertepuk sebelah tangan la. Masa tu katanya tengah dilema sama ada nak kahwin terus atau nak tunang dulu sebab mamat tu student lagi. Aku pun cam, "OMG babe. Sounds like a catch. get engaged and wait fr him to finish his study"
Another fast forward to 2 years, kawan aku text aku cakap "Babe, I'm getting married this weekend" aku cam, wait what what what? Bukan ke nak tunggu dia habis belajar dulu? Pastu dia explain la yang mamat tu dah balik sebab Covid19. Memandangkan keadaan global tak menentu dan mak ayah kawan aku pun bimbang kawan aku sorang-sorang kat luar negara, diorang usulkan untuk kahwin sekarang. And that's how my friend got married to her crush.
Looking at her progression in life, I can't help but to look at myself as well. I'm still the same me. I'm still bujang, doing my daily chores like clockwork. Nothing much has change. Tapi tak lama lagi hidup aku bakal berubah secara drastik.
Baru-baru ni syarikat aku mengumumkan yang semua pekerja tetap telah ditawarkan VSS (Voluntary Separation Scheme). Dalam kata mudah, kami dijemput untuk meletak jawatan. Masa tengah baca email tu jantung ni rasa nak berhenti. Gelap mata jap. Allah.. Aku dah 8 tahun buat kerja ni. Apa aku nak buat lepas ni? Dua malam aku tak dapat nak tidur nyenyak.
Kebetulan mak ayah aku datang dari kampung sebab nak melawat nenek yang sakit kat rumah mak sedara aku. So I built up a courage to break the news to them. Aku pun bagitau la pasal VSS tu. Macam yang aku agak, mak ayah pun terdiam tak tahu nak cakap apa. Aku tanya la patut ke aku ambik offer tu sebab kalau tak ramai yang ambik dan syarikat masih bermasalah nak tanggung pekerja, kemungkinan besar akan ada retrenchment. Time tu dah tak boleh pilih sama ada kau nak berhenti atau tak.
Personally I've been thinking about quitting my job. But the fear of being jobless stopped me from doing so. Also, I did not want to disappoint my parents. They are so proud of the fact that I am an Engineer. Aku dapat bayangkan mulut-mulut orang kampung. Dahla tak kahwin-kahwin sebab gila kerja, sekarang dah tak ada kerja, what is left of me?
Tak tahu la kenapa tapi sebaik sahaja aku bukak cerita kat mak ayah, jalan nampak terang depan aku. Aku luahkan kebimbangan aku. Aku luahkan kemahuan aku. Umi macam tergamam. Betul telahan aku, umi ada bimbang orang mengata. Abah lebih tenang dan menyokong. "Mana-mana la kak. Apa yang akak rasa wajar".
Aku menimbang semua fakta:
Fakta 1: Aku masih di taraf Executive di syarikat aku ni. Dan buat masa sekarang, terlampau ramai Executive yang kebolehan hampir sama malah lebih baik daripada aku ada dalam syarikat.
Fakta 2: Aku sudah di tahap stagnant dari segi kebolehan untuk menyerap skill baru. Aku terlampau lama dalam position ni. No new thing to learn and it feels like I refuse to learn.
Fakta 3: Aku melayu. Ini company bukan melayu. Kalau ada kepala yang akan bergolek, boleh jadi kepala aku dulu.
Fakta 4: Aku penat. Lepas degree, aku sempat berehat seminggu sebelum lapor diri. Dan sejak dari tu hidup aku berkisar tentang kerja kerja kerja. Meeting guys? Social life? What are those?
Dan aku juga menimbang keadaan aku sekarang:
- Aku tak ada komitmen bulanan. Aku tak ada kereta atau rumah untuk dibayar bulan-bulan jadi aku tak begitu terbeban dengan hilang punca pendapatan.
- Adik aku dah habis belajar. Aku tak perlu rasa bersalah kalau tak dapat menampung perbelanjaan dia lagi.
- Aku ada kebolehan lain. Walaupun tak mewah, aku masih boleh survive dengan melukis. Pokoknya kena ubah gaya hidup. Tak boleh bermewah. Jangan hirau kata mulut orang.
Jadi aku nekad. Aku akan apply untuk VSS tu. Kalau diterima, insya Allah, lepas 12 tahun merantau, aku bakal kembali ke Terengganu. Kalau ditolak, alhamdulillah, rezeki masih panjang di sini. Apa-apapun, sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Aku bergantung sepenuhnya kepada Dia. Apa pun yang mendatang, sekelam mana pun masa depan, aku ikhlaskan pergantungan aku kepada-Nya.
Mana tau, mungkin makin rancak aku berkongsi di blog lepas ni.
Adieu
inshaAllah semuanya akan baik2 je.. xde komitmen bulanan, so x perlu risau sangat.. good luck!
ReplyDeleteTerima kasih.. Insya Allah, semuanya akan baik-baik saja
DeletePast few years I quit my job sebab rasa static in one position. Tak ada VSS tak ada apa. I just rasa I want more, I need more. So i quit. Rezeki ada di mana-mana. Peduli la orang nak cakap apa. Kadang mungkin kita sendiri yang rasa orang bercakap pasal kita, padahal mungkin tak pun. Mungkin orang tak hirau pun pasal kita. Dalam zaman PKP ni, kalau ada VSS tu something yang normal. People will understand. Don't worry k. Huge company pun offer VSS. International brands pun tutup outlets, so ...VSS is totally nothing. BUT, you kena tau apa skill yang u ada. Like u said. U boleh melukis. That's good. Try to earn money from that k.
ReplyDeleteTake care babe.
Thank you for this. No matter how sure I am with my decision, there's always a speck of fear of the unknown. Masa belum vss lagi dah ada mulut busuk cakap gaya tak serupa profession sebab tak pakai kereta besar, tak beli rumah.. I can only imagine what they're gonna say next. Then again, bukan diorang yang bagi makan so akan cuba untuk tak amik port sangat. Dah penat bercakap, insyaAllah senyap la mulutnya
Deletestay strong Day. i wish you the best for your future
ReplyDeleteRezeki masing-masing Day... apabila tiba masanya rezeki nak berubah arah, dia akan berubah juga. But no worries okay, satu pintu tertutup, banyak lagi pintu lain akan terbuka. Percayalah. Yakin dengan perancangan Allah Taala dan kita teruskan saja usaha mencari keberkatan dan redho pencipta kita. InsyaAllah... semua akan jadi elok :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan kau Day. InshaAllah rezeki tu sentiasa ada, mungkin lebih baik dari sekarang. Aameen
ReplyDelete