Egg Sandwich & A Shattered Worldview

Friday, June 19, 2020

Family aku jenis yang tak makan sarapan sangat. Kalau makan pun hujung minggu je sebab mak kerja, tak ada masa nak sediakan makanan pagi. Masa kecik dulu memang aku membesar dengan tak makan sarapan. Dan kalau ada sarapan pun kitorang jenis makan nasi. Jarang sangat la makan roti bagai. Sandwich apatah lagi. Meamng tak gemor.

So Anyway, masa aku form 4 aku join perkhemahan. Hari first sampai kat tapak perkhemahan Kem Bukit Kolam, Kuala Berang keadaan sedikit kalut jadi makan tengahari dihidangkan agak lewat. Perut masing-masing dah mula karaoke rock kapak. Ada sorang ahli pasukan khemah sebelah offer sandwich. Time tu lapar kot dan aku memang tak memilih makan so aku pun ngap jela.

Sedap ya rabbi! First time aku makan sandwich sesedap tu. Dan tu jugaklah kali pertama aku makan sandwich telur. Aku tanya "Elina, awak buat ke sandwich ni? Sedap gila!" sambil suap lagi seketul. Dah la sedap, intinya sekata, bread crust pun elok je dia potong semua. Kalau la masa tu aku familiar dengan sandwich kat kedai, aku berani cakap la sandwich dia tu memang level yang orang jual kat kedai.

Elina ni budak yang tak banyak cakap, suara pun perlahan je. Dia jawab "Taklah. Abang saya yang buatkan" 

Lagi satu kali aku kagum. 1) Aku memang jeles dengan orang ada abang 2) Abang yang buatkan bekal adik? What??? What in the world?? Truth be told, keluarga aku memang ada sedikit berat sebelah bab mendidik anak lelaki ngan perempuan. Kalau dalam keluarga aku memang pelik sangatlah lelaki yang sediakan makanan untuk adik perempuan diorang.

Dengan rasa kagum aku tengok sandwich telur tu sebagai satu simbol anjakan paradigma. Tak sangka telur dan mayonnaise bila bergabung dia jadi makanan yang sedap nak mampus. Dan tak sangka jugak lelaki yang buat makanan yang sedap nak mampus tu.. Siap bungkus elok-elok untuk adik perempuan dia makan. There's a lot of right in this world we're living. Abang Elina, please keep on making delicious food. 

Dan sejak hari tu, sandwich favorite aku adalah sandwich telur. Sekian.



Adieu

Earthly Desires

Tuesday, June 16, 2020

When you see your friend holding an iPad you had always wanted..

When your friend shared her wedding photos..

When you heard about your friends moving into their new houses..

You look to yourself and be reminded of the things you haven't achieved. It's not easy to ignore the jealousy festering from deep within but try..as hard as you may..as frequent as you can.. remember the good things you have in life and be thankful..



Adieu

In The Darkness

Monday, June 15, 2020

Aku jenis yang kalau terbangun malam nak pergi tandas memang jenis yang malas bukak lampu. Zaman hostel dulu pun bangun malam pergi tandas tak berteman. Pendek kata, apa yang cuba cakap adalah, aku tak takut pergi tandas sorang-sorang, tak bukak lampu.

Tapi aku memang annoyed masuk tandas yang sekelumit cahaya pun tak ada. Contohnya tandas ofis aku. Aku tak tau la sengkek level mana dah ofis ni sampai lampu tiga batang pun takleh tukar. End up kami-kami ni nak kena suluh pulak kalau masuk tandas. Kalau terlupa bawak phone pergi tandas, tawakal jela aim ke tempat betul. Taik yang dah keluar pun pikir balik nak u-turn ke tak dek kerana kegelapan.

Ini cerita minggu lepas. Ingin aku tegaskan di sini, aku tak takut masuk tandas gelap sorang-sorang. Tapi kejadian ni buat aku fikir dua tiga kali nak masuk tandas gelap lepas waktu senja. Masa tu dah dekat pukul 7. Aku tengah ready-ready nak balik. Terpaksa stay back sebab ada kerja yang belum usai. Sambil duk menunggu laptop shut down, (dan-dan dia nak update dulu baru mati) aku berfikir-fikir hmm patut tak aku pergi tandas dulu? Menengokkan peratusan updating tu macam sempat melabur aku cam, jangan buang masa. Moh le kita membuang apa yang patut.

Time ni dah ramai yang balik. Kubikel hujung blok dah bergelap. Tinggal dua tiga lampu je yang masih hidup so suasana agak suram. Aku pun bergerak la ke tandas yang beberapa langkah dari kubikel aku tu. Baru je duduk tiba-tiba dengar air kat tandas sebelah.. "Oh ada orang lagi?" Aku tanya dalam hati jela sebab macam buang tebiat  pulak nak berborak dengan orang tandas sebelah. Dah la gelap gelita. Tiba-tiba nak bertegur sapa, macam tak kena kan?

Tapi aku cam pelik sebab macam tak dengar orang masuk tandas. Mungkin ke bunyi air dari level atas? So aku ignore jela. Elok aku selesaikan urusan buang membuang dari duk pikir hal tandas sebelah. Aku baru nak bangun dari seat tandas dengar orang cam berdehem. Tapi bukan dari tandas sebelah, instead dalam tandas yang aku tengah duduk ni.

Hah kau kalau dah dengar tepi telinga ko rasa sempat lagi nak bertenang? Dalam keadaan panik nak bukak kunci selak (ni pun aku tak paham jugak, macam mahal sangat je nak tukar tombol) aku tertekan power button phone. Phone Redmi kalau kau tekan power button masa dia tengah sleep, automatik dia off flashlight..

Ummm!!!

Elok pintu bukak je aku terus bukak langkah seribu, tak pandang belakang dah. Memang tak la aku masuk tandas tu time lewat-lewat petang.

“Wehh..”


Adieu

Everybody’s A Freaking Youtuber

Thursday, June 11, 2020

Onto the next big thing..

Sekarang ni aku tengok makin ramai Malaysian youtuber yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Sebenarnya dari dulu pun kita ada niche group of youtuber tapi lately makin ramai. Dalam circle of friends aku pun dah makin ramai yang berhijrah ke platform ni. Which is great! Buasir Otak ada buat adaptasi komik. Mokcik Gemuk pun dah ada animation channel macam WanMars. Gila babeng semua jenis rajin. Aku buat animasi suka-suka berdurasi 3 saat pun rasa nak bersara selama-lamanya. HAHAHAHA.

Aku pun ada gak plan nak buat channel youtube sendiri. Mungkin aku boleh buat speed paint ke apa ke sebab kalau nak buat aesthetic vlog memang sampai kesudah la hambar. Tapi aku ni pemalas yarabbi. Mana maunya nak post video secara berkala dan berterusan. Hahahah.

Aku perasan (actually, boss Buasir Otak yang mengutarakan hipothesis ni) Malaysia ni lubuk view. Itu pasal la Indonesian channel banyak yang duk buat reaction video pasal Malaysia. Ada dua tiga channel tu macam melampau-lampau lak mengampu. At first it felt good to be praised as a nation, tapi dah lama-lama macam mmm..tah.. menyampah kot.. Sebab macam buat-buat. Sampai  nak menangis terharu konon. Apo?

Kalau mat salleh yang puji pasal Malaysia pun memang beranak-anak la view count dia. I mean, there's nothing wrong with it but at least watch something yang genuine. Ni content tangkap muat, lebih duk kiss ass je. Herh.. 

Enough about kiss ass channel sebab aku kadang-kadang je tersesat tengok video-video camtu. Kadang-kadang ada gak tersesat tengok vlog orang Malaysia. Aku cakap kadang-kadang tu sebab sekarang ni aku dh tak minat sangat tengok vlog. Dulu-dulu suka la tengok sebab tertarik tengok lifestyle orang, tertarik nak tahu buah fikiran budak-budak yang macam up-up sikit belajar luar negara kan. Banyak jugak vlogger tempatan yang entertaining tapi serius aku takleh ingat sape sebab macam yang aku cakap tadi la, aku kureng sikit vlog-vlog ni.

Pokoknya di sini apa? Pokoknya di sini, aku sendiri tak tahu aku nak buat apa. Aku suka tengok youtube, ada aspirasi nak buat channel sendiri tapi at the same time I cringe at the idea of me being a youtuber and I dread about the workload that come with it. So buat masa ni aku jadi penonton jela. Kepada kawan-kawan yang dah pun jadi Youtuber, teruskan usaha anda. Pastikan content korang engaging. Know your audience and best of luck. Untung-untung jadi top youtuber boleh join convention. Ohoho.. Duit pun masyuk dengar cite.


"Everybody's a freaking Youtuber, dude. Get on with the programme!"


Adieu

A Thirst Quencher for A Stubborn Girl

Wednesday, June 10, 2020

I am here to expose my sister and share with you a new favorite drink of mine. So let's go.

My sister is obsessed with tiktok. Pantang lepa mesti duk mengadap phone tengok tiktok. I don't understand her obsession but at least she's not filming one. So anyway.. Satu hari ni dia mesej masa aku kat office "Kak, beli limau nipis 5 biji". Aku macam, okay.. I guess I'm your errand girl since you can't leave home.

So I bought her 5 beautiful, juicy, shiny limes. The skin was thin and not too hard to squeeze. That's how you know it has reached its full JUICEABILITY!!! Senang cerita, cari la limau yang besar-besar for maximum juice yield.

I'm not one to ask. Aku memang jenis yang malas tanya dan malas amik tahu so aku tengok je dia duk melilau-lilau kat dapur. Pelik aku tengok dia belah-belah semua limau tu. Apa ko nak buat dengan limau nipis 5 bijik? Ko nak bomohkan sape?

Lepas tu dia capai blender. Aku kalau orang pegang blender aku ni memang sensitif sikit. Benda dah pakai dekat 6 tahun. Memang seriau la kot-kot jahanam blender panasonic aku. At this stage, I couldn't feign disinterest so I asked her.

"Ko nak buat apa ni?"
"Brazilian limeade" dia jawab.
"Hah?" aku tanya sebab what-the-hell is a Brazilian limeade? Brazilian wax aku tau la.

Lepas tu dia dengan mata besar dia tu, dengan sengih lebar tunjuk kat aku video tiktok ntah dari mana buat Brazilian Limeade. Basically you have to blend 5 lime with half cup of condensed milk, quarter cup of sugar and 5 cups of cold water in a big blender until all the limes were blended into fine. Wait.. wait.. wait.. logically, kalau kau blend a whole lime, it's gonna be hella bitter so I advised her against it.

"Jangan blend the whole limau. Amik jus pastu parut sikit kulit dia. Pahit tu karang kalau blend sebijik macam tu" but of course she won't listen to me. She's dead stubborn so I let her. Aku memang dah dapat agak dah rasa dia macam mana tapi kita bagi chan la budak nak experiment. So kitorang pun tunggu berbuka. (Oh aku lupa bagitau.. benda ni jadi masa bulan puasa haritu)

Azan berkumandang. The moment of truth is here. 

I kid you not, the look on her face was hilarious. She tried so hard to mask her disdain over the bitter drink. Like seriously, what did you expect? I guess the authentic Brazilian Limeade is supposed to taste bitter. It was strangely addictive though. Apart from tasting painfully bitter, it tastes refreshing. Of course I was gonna gloat.. "Haa see.. I told you already but you didn't listen. Degil kan".

The next few days I tried experimenting with the ingredients. First of all, no lime rind. Gigih perah limau, tapis bijik sebab taknak bagi pahit. Aku kurangkan limau nipis 5 bijik jadi 2-3 biji untuk single serving. Gula pun kurangkan sikit sebab bila dah tak pahit, memang serius manis air ni jadinya. On second trial, it was deadass tasty!

I'm sorry for bastardizing the original recipe. This is why I will not be calling it the Brazilian Limeade and I will call it Solero Limeade instead. Serius rasa dia ada cam ice-cream Solero tu. 

Since rasa dia pun ada ura-ura, aku pun cam.. hmm.. this is not green enough. Lagipun kat rumah memang ada pewarna hijau epal dari star brand (uhuhuhu, bukan iklan berbayar) so why not kan. Biasanya aku celup toothpick je dalam botol pewarna. Whatever yang terlekat kat lidi tu jela aku campur dalam minuman ni. So takdelah hijau gila. Just ura-ura hijau gitu.

So ending cerita hari ni, terima la olahan resepi Solero Limeade untuk dicuba. Eloklah kalau korang ejas-ejas sendiri kuantiti bahan tu sebab aku pun main agak-agak, main eye-balling je most of the time.



Adieu

The Value of Your Work

Tuesday, June 09, 2020



Terkadang kat Insta aku ada buat *free draw.

(Free draw kat sini tak bermaksud aku draw free hand.. on second thought, yes it does mean that as well but in this context it just means that I draw for free)

In all honesty, the reason why I host such event is to get free reference without the attached responsibility of drawing too fancy. If you don't charge, people can't actually criticize you, can they?

Tapi alhamdulillah jugak la, dari sesi lukisan percuma ni, ada la beberapa orang yang berminat nak tempah lukisan dari aku. Cuma aku dari dulu sampai sekarang tak reti nak set harga macam mana. Nak set mahal-mahal nanti tak padan dengan hasil. Tambah lagi dengan kemungkinan dimaki bila lukisan tak jadi.

I'm interested to know a stranger's opinion on this matter; from both artiste and consumer point of view. This is what I've drafted so far. I've been reluctant to share this on Insta for many reason but blog is my safe place so I'm putting this here for now:-
This is my quotation draft. And these are the free drawing I made so far:-





So yeah..

Adieu

Insecurity Through Overconfidence

Kahkah..

Tajuk pun dah cukup nak menerangkan the whole shebang.. From my observation, the loudest people on the internet tends to be the most insecure individuals. They had to mask their insecurity by being loud on internet. They had to advertise their disgust towards everybody else and hide behind "truth hurts" banner.

Kat twitter, insta, facebook or even blog, riuh cakap "I don't give a fuck, I don't give a damn." Their voices are always on a loudspeaker about everything and anything. Kiranya akulah yang terpaling woke, terpaling vocal. Sekali jumpa kat luar tak berkutik pun. Pandang orang pun takut-takut. Apo? Kata combative.. Konon "I said what I said". Takkan normal conversation pun takleh nak hold for more than 5 minutes? For a so-called intellectual, you really don't have that many intelligent quips to share with your sheep minded followers. And of course, those same gullible followers are the one you shit on the most.

I get that some people are introvert. But being an introvert doesn't give you the license to be an asshole online. Pantang ada je topic apa-apa, dia la yang paling laju nak bagi komentari. Almaklumlah, dah nama pun Edgelord, haruslah paling edgy, paling sinis, paling pedas. This is the internet; if you can't handle some negative comment, stay out of twitter. Ecewah..

So I get that this might be a bit hypocritical because I'm not naming names, but if you think this is directed to you, maybe you should go through your post history and see for yourself of how big of a bigot you are. A scared bigot hiding behind your online persona because that's the only thing that makes you feel relevant.
The real you is just a little kid behind a screen

Adieu

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*