Food Face-off: Squid Boy vs Shihlin

Wednesday, February 14, 2018

Dah lama aku kepamkan gambar-gambar ni dalam draft tapi sebab malas menguasai diri baru kali ni sempat nak buat write-upnya.

First of, aku tak la minat mana mee sua ni. Adik aku yang suka sangat. Biasanya dia beli dari Shihlin tapi tiba-tiba hari tu cakap nk try yang Squid Boy pulak. So aku cadangkan apa kata buat perbandingan dua brand ni? Walaupun perut aku dah kenyang melahap lamb chop hari tu, gagahkan jugak beli satu serving mee sua dan crispy chicken.


Squid Boy
Shilin


Mee Sua

Kepada yang tak biasa makan atau yang tak tau mee sua tu apa, mee sua tu sejenis mee yang diperbuat daripada tepung gandum. Rupa dia kasar sikit dari mihun. Tapi mihun diperbuat daripada tepung beras so texture dia lain sikit. Ada macam-macam cara nak masak mee sua tapi yang jual dekat Squid Boy dan Shilin ni taiwan style, Oyster mee sua. 

Note: Atas Shihlin, bawah Squid Boy

Perbezaan paling ketara antara dua brand ni adalah daging ayam. Shihlin ada tambah carikan daging ayam dalam resepi mee sua. Squid Boy takde ayam tapi ada banyak sos. Mungkin payah nak nampak sebab kualiti gambar tapi warna mee sua Shihlin lebih gelap berbanding Squid Boy. Bilangan tiram yang diberikan adalah sama, 3 ketul. Shihlin juga lebih pemurah bab daun ketumbar. Umm.. yum.

What about the taste? Shihlin punya mee sua rasa masam sikit. Sebab sos dia kot. Personally, upon first bite aku lebih prefer Squid Boy sebab rasa dia subtle je. Tapi lepas berkali-kali suap cepat rasa muak. Unlike Squid Boy, Shihlin mee sua x rasa macam tu. Aku pun tak paham kenapa. Tiram Shihlin pun lebih firm dan berperisa. So for this round, Shihlin menang.

Crispy Chicken




So ada perbezaan yang sangat ketara antara Crispy Chicken Shihlin dan Squid Boy. Shihlin tak potong ayam tu. It comes as one whole piece of chicken. Squid Boy pulak potong ayam tu kecik-kecik macam ayam Uncle Bob kat pasar malam. Cara diorang tambah serbuk perencah pun lain. Squid Boy letak perencah kat sebelah je bahagian ayam so rasa dia tak sekata tapi takde la tak sedap. Ok je. Both taste almost the same. Texture-wise, Shihlin won by a landslide. The science behind this is not to cut your chicken. Kalau korang tengok packaging tu, Shihlin punya paperbag ada basah sikit tapi paperbag Squid boy memang basah teruk. By not cutting the chicken, they retain the juice inside the chicken longer. So kalau korang planning nak tapau bawak balik rumah, pilihla ayam Shihlin. Tapi kalau nak makan terus, baik amik Squid Boy sebab less messy to eat in public.

Tapi kalau dua-dua ni lawan ayam uncle bob Putrajaya, dua-dua pun takleh lawan. Uncle Bob reign supreme. Shihlin and Squid Boy found dead in a ditch.

Harga
Hmm.. Aku tak tau mana aku campak resit-resit ni tapi Shihlin lagi mahal la. Berbaloi ke tidak tu depends on korang punya preference. Bagi aku memang berbaloi la sebab hmm sedap.

Masa Penyediaan
Serius Squid Boy lambat gila buat kerja. Customer tak ramai pun slow buat keje. Dah la silap Aku mintak crispy chicken perisa wasabi dia bagi perisa biasa. Shihlin laju sikit la. Tapi dua-dua pun slow bila sampai bab Crispy Chicken sebab masing-masing goreng based on demand to control the freshness. So kalau korang order ayam memang la lambat sikit.

So, tu je ceritanya.

Adieu

5 comments:

  1. Mehehehee.... terhibur aku baca food review hang weh, okeh nanti kalau ada kesempatan untuk mencubanya, I'll go for Shihlin X3

    ReplyDelete
  2. suka baca review honest macam ni. aku pernah makan yang crispy chicken tu tapi tak tahu kedai yang mana satu andd uncle bob lagi sedap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Bob takkan kalah. Dah la half the price.

      Delete
  3. Seronok baca review awak.. First time tengok seketul ayam tu dia bagi.. selalu potong-potongkan..

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*