The Powerful Maknae

Tuesday, January 27, 2015

Hi guise..

Dalam carta Keluarga Halim, aku ni boleh dikatakan yang paling berkuasa la. My words are the Law between us sisters. Tapi hakikatnya, kuasa sebenar ada pada adik aku yang bongsu. Aku pun tak tahu macam mana nak explain, tapi dia memang power la. Silap-silap haribulan mau digulingnya tampuk pemerintahan aku. Ini lah pencabar terdekat Cik Deaday.. Beliau adalah Nabe.

Semalam, tanggal 26 Januari 2015 merupakan hari lahir ke-14 adik aku yang bongsu, Si Nabe. Kalau ikut kamus bahasa korea kita panggil dia maknae. Adik Nabe ni perangai dia lebih kurang aku. Brutal tapi jiwa seni. Memang kami yang kakak-kakak ni suka nak dapatkan perhatian dia ni. Dah nama pun adik yang paling kecik kan.

Tapi budak ni, dari dia sekolah rendah sampai la sekarang dah sekolah menengah selalu buat perangai macam dia ni dewasa sangat. Harap maklum, bukan buat-buat tapi memang perangai dia ni macam orang tua sikit. Tak main la berperangai mcam kanak-kanak riang. Tak kelas kot.

Sebab tu aku ngan kakak yang lain sampai dah buntu nak kasi up sikit semangat muda dia ni. Tak tau la camna nak kasi dia jadi dak-dak kecik. Haih.. Ni dah Form two ni harapanlah nak tengok dia berperangai budak-budak. Urgh.. Rimas dapat adik yang buat perangai kakak ni. Adik Nabe ni tak paham ke naluri kami kakak-kakak nak bermanja? Dah la suka sound tepek "Akak, boleh tak matang sikit?"

Ngghhh.. Sabo jela..
Hah, cuba cita sikit  idea yang bernas untuk mengkanak-kanakkan balik adik aku yang sorang ni. Geram aih buat apa pun tak jalan. Apa-apa pun Adik Nabe, Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Sorry la komik lambat siap kalau tak malam tadi dah post entry ni. Hue hue hue..

Ni dah macam mana aku nak tutup entry kali ni?

Ahh.. Aku pun tak tau..

Adieu

p/s; Trying different style of colouring.. Is it better than before?

Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

19 comments:

  1. cool adik hang.. kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool sungguh.. Cool sampai menangis akak-akak dia

      Delete
  2. heheh Day, don't sweat it... i think she has this thing called 'old soul' in her body, it's a natural phenomenon, congrats... hahah ;3

    lovely coloring, teruskan teruskan~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Old soul? Does she even have a soul. Sometimes she seemed soulless like a piece of bread. Hahahaha.. Dry..

      About the colour, the combo irks me.. Dunno why.. Hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Will work harder for even better story.. Thanks for reading!

      Delete
  4. Aku ada satu cara,
    bawak adik kau ke fun fair...
    Aku tua berjanggut muka rempit pecah rumah pun akan bertukar jadi kanak-kanak bila bawak pergi funfair, tambah2 kalau naik ferris wheel ke, tembak-tembak dpat teddy bear ke, naik roller coaster mini yg rendah ala-ala hek-elek-tak-ngeri-pon ke...
    Aku tak pasti kau tinggal dekat mana, tp area umah aku aku tau ada 2, satu dekat serdang, satu lagi dekat bukit jalil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Ganu takde benda tu and to be honest, aku sendiri pun tak pernah main. Bahahahahah.. *menangis kat satu sudut

      Delete
  5. mungkin dia saje nak tunjuk tough dan matang depan2 kot..padahal kat balakang jadi sebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun rasa camtu la. Tapi penat mengendap time dia leka sorang-sorang tetap jugak imej tua dia tu

      Delete
  6. hehe.. saya pun ada adik bongsu, perempuan, umur 14 jugak. tp dia sngt kanak-kanak lg. ok laa ada adik matang. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ke? Hahaha.. Mungkin satu hari kematangan dia tu akan berguna kepada family.

      Delete
  7. Haha, ye memang ade budak macam ni, kakak macam adik, adik macam kakak. Tapi adik aku yang last dia rasa macam dia budak2 lagi. Tapi ok laa, kitorang boleh lah nak manja2 sikit ngan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hngghh.. Jeles.. Nak manja gak ngan adik

      Delete
  8. Haha, ye memang ade budak macam ni, kakak macam adik, adik macam kakak. Tapi adik aku yang last dia rasa macam dia budak2 lagi. Tapi ok laa, kitorang boleh lah nak manja2 sikit ngan dia...

    ReplyDelete
  9. wah.. jenis cool
    mcm ni try bwk pegi adventure outdoor..
    mana tau dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya dia ni tak minat keluar. memang dia ni penghuni gua.. Sambil tengok Kpop sambil berkawan dengan kelawar

      Delete
  10. style lah adik, lawak pun ada.hmm.. bgi mkn APPETON..mane thu berhasil. hehehe

    ReplyDelete
  11. style lah adik, lawak pun ada.hmm.. bgi mkn APPETON..mane thu berhasil. hehehe

    ReplyDelete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*