female welder

Tuesday, July 26, 2011




seriously..please stop staring at me while i'm working..
apa yang pelik sangat pompuan buat keje welding?


DAMN

adieu

Sunday, July 24, 2011

amy winehouse is dead


she's one troubled kid.. RIP Amy..i might not know you but it must be something so painful that you took your life away..

"I told you that I was trouble..You know that I'm no good"
    -  You Know I'm No Good, Amy Winehouse  -



adieu

hati berdebar-debar memandangnya

Friday, July 22, 2011

maaf tajuk menggelikan..

tapi nak buat macam mana sudah kegelian anak tekak

marilah teruskan saja cerita bodoh kali ini


**********************************************************************

beliau terbaring di situ.. tak segan langsung anak dara duk pandang dia tak berkelip..

aku berpeluh kecil kat dahi..ketiak juga basah rasanya..
aku sapu peluh yang beranak kat dahi.

'aduh'
aku menjerit kecil. pedih rasanya tatkala tersentuh jerawat yang sebesar tahi lalat Daim hero Juvana itu..

tahi lalat beliau kacak..

beliau langsung tidak menoleh..aku jeling saja. ada ke patut tak pandang langsung aku yang begini comel ini?
aku kecil hati..

aku pandang abah.. abah sengih penuh makna..berkenan nampaknya..
jujur, aku pun berkenan padanya.. kacak..hitam manis..memang taste aku..
aku tersipu malu..

masih beliau senyap di situ..
panas jugak hati remaja gua ini..

aku pandang adik di sebelah..
dia senyum pada aku, sorok-sorok gitu..malu ke?
ntah le..

aku pandang umi pula. umi buat isyarat mulut. oh pantas aku tangkap maksud umi.. nak suh ikut pegi dapur la tu. anak dara kena pergi tolong buatkan air. walaupun berkunjung ke rumah orang.. aku terbongkok-bongkok lalu di depan tuan rumah.. ayu gitu..senyum sikit..ah..kan manis tu cam lisa surihani..ecewah..

tak sempat sampai dapur adik aku yang memang dari tadi duk berkepit ngan aku je bedehem..aku pandang muka beliau yang juga berpeluh..nampaknya ketiak beliau juga berpeluh tapi aku diamkan saja.

" kau nampak tak?"

aku angguk..tersipu aku senyum..lahanat sejak bila aku jadi pemalu ni? aku pun keliru..

"memang the best la..muhahaha" beliau gelak jahat tapi ditahan-tahan..takut didengari oleh tuan rumah..

"diam lah"

kami lepak di dapur tuan rumah yang lebih dingin dari ruang tamu. tak mengapa.tuan rumah tak kesah pun.. tapi beliau masih di ruang tamu. duk sedap lagi melepak kat depan notebook. aku jeling abah. dah siap berjubah putih..oh, lupa pulak kejap lagi dah masuk waktu nak pergi semayang jumaat.

tuan rumah senyum aje.

" Halim dah siap nak pergi semayang jumaat ke? pergi la skali ngan Sa.."

dada aku berhenti berdegup jap..

" Takpelah.." ringkas jawab bapakku itu..

aku tak buat reaksi apa-apa. abah sudah keluar untuk ke masjid..
cepat-cepat aku pergi ruang tamu. melihat beliau masih di situ..geram rasanya hendak aku menyentuh beliau..ohh..

aku duduk di ruang itu.. berdua dengannya..
segan rasanya..

tiba-tiba adik aku yang tadi itu muncul lagi..
cis kacau daun..

adik aku senyum mengejek..

"berangan la kau.abah takkan beli DSLR tu untuk kau la.."

aku tarik muka masam..kemre itu kupandang dengan harapan yang melebur..beliau, si hitam manis D400..tak mungkin menjadi milikku..oh....


*****************

D400 milik Paksu a.k.a Sa..

adieu





hantu belaan patik

bau kucim saya sangat busuk, saya syak beliau bukan kucim saya yang sebenar..beliau mungkin hantu raya belaan kucim saya..apa pendapat anda?



adieu


Answer here

kisah dongeng cik day

Friday, July 15, 2011

kalau tak dapat graphic tablet tahun ni aku bakal mengamuk dan berubah menjadi monster...mami, jom pi KeyEl..i tak kira..i nak jugak

pang!  *melekat pelempang mak anak empat kat muka

"why mami?why?!!"

mami buat muka slamber sambil garu batang hidung.

wuuu...wuuu...

aku lari ala bapok, bam terbaring atas katil..

"i hecchu i hecchu.."  aku separuh bisik.. takut terdengar kecik hati pulak

peluh meleleh kat tepi hidung bersatu ngn hingus..
srott!srott!

wa tak kira..wa nak gak graphic tablet wa..


kesian dia

Wednesday, July 13, 2011

aku ada sikit rupa camni sekarang apart from bald head.. sangat tak sehat ni..terkandas kat ofis sebab takut nak drive time pening-pening camni...wish me well ok?

adieu

berkatalah cik day pada dirinya sendiri

Tuesday, July 12, 2011

1- siapkanlah report tu. jangan buat pasal tak siap nanti problema lagi

2- kuruskanlah badan tu. kalau tak, tak muatlah baju raya nanti

3- buat tak tahu jelah beliau itu. bila dah cukup kuota kesalahan yang dibenarkan barulah failkan saman. baru menjadi. hati pun tak sakit.

4- pergilah basuh kereta. sesungguhnya itu kereta pinjam sahaja. haruslah menjaganya sebaik mungkin

5- last but not least.. FAKIU


adieu

main tanah

nak buat sesuatu dari tanah liat jejari tak perlu runcing..kena lemah lembut je..haha





adieu

merewang ke kuala kangsar

Monday, July 11, 2011








maaflah..aku tak terer pun guna DSLR..haha.

adieu

RM3.55

Monday, July 04, 2011

bagi korang apa significantnya duit sebanyak RM3.55 ni?
ofcos, tak lepas nak wat cuci kete, isi minyak kete apatah lagi..beli kasut baru?of course tak cukup kan. hell, nasi lemak ayam aku makan pagi-pagi dah harga RM3.80 kot, tak cukup sila ucap babai kat ayam sambal yang sangat menggiurkan itu..

berbalik pada topik kita..
korang tau tak kat kedai, satu coklat kinder joy yang cam telur masin tu harganya dalam RM3.55 la satu. bayangkan korang ni budak kecik. tiap-tiap hari tengok iklan makan coklat kinder joy yang double the fun, sedap dan dapat hadiah. uhhh..heaven.. konpem dah merengek kat mak nak mende alah tu kan? alhamdulillah. most of us ada rezeki untuk merasa coklat sedap tu bila-bila masa pun yang kita nak.

tapi cuba bayangkan..dua orang kanak-kanak. pergi ke kedai untuk beli roti Hi5 harga RM2.40 sebungkus, taugeh sekilo (aku tak pasti harganya)..nampak coklet yang sehdap itu..meleleh air liur.. dalam otak diorang mesti pikir "pergh sedap gile kalau dapat ni"

pastu si abang tengok duit dalam tangan..campur tolak campur tolak..okey, boleh beli satu..pastu dia pandang adik dia..nak beli ke taknak? beli gula-gula 20sen ni lebih dari cukup ni.tapi nak kinder joy..adik macam mana?kongsi? ok..kongsi..

apa korang rasa..
bagi satu coklet yang berharga RM3.55 yang pada mata dua beradik tu macam seguni mas..mana lebih penting..kasut baru sedangkan baru minggu lepas beli dua pasang..earphone baru sedangkan earphone lama masih boleh pakai..ataupun kegembiraan seorang kanak-kanak?

think about that for a minute..

for me, meeting that two boys tonight change my perspective about the value of money..spend it wisely..be thankful..

adieu..

kecomelanku tidak dapat disangkal lagi

Friday, July 01, 2011




HAHAHAHAHA..aku comel kan?

v
v
v
v
v
v



ok, boleh lempang aku sekarang..
adieu..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*