Survey Camp

Wednesday, June 03, 2009














akhirnya dpt jugak aku tulis sedikit sebanyak pasl survey camp baru2 ni. penat terasa lagi ni. jujur aku katakan yg aku enjoy aktiviti macam ni tapi kalau nak kena repeat subjek ni memang simpang malaikat 44.

setibanya aku di tempat kejadian ( hehe=p) aku menyeringai sejenak. peluh berlari ke dagu. aku seka segera dengan lengan baju. panasnya membakar kulit. suria tengahari mengilau tanpa belas kasihan. pada waktu tu aku terfikir "aku bakal dipanggang hidup-hidup"

bagi aku, aku rasa aku cukup bernasib baik sebab chalet penginapan aku dan kawan-kawan berada paling depan, jadi taklah aku penat memanjat tangga.bila keadaan dah tenang baru aku dapat nikmati panorama yang terbentang. dari chalet aku ( aku, sherry dan sha) dapat aku mencuci mata dengan pemandangan laut yang luas terbentang. hati muda aku melonjak2 nak terjun ke pantai, menikmati keseronakan bermain air. tapi apakan daya, suara aku tenggelam di sebalik arahan dari pensyarah2 yang berkeras nak kami mulakan kerja secepat mungkin.

hari kedua kami di situ, kami diberi tugasan untuk menjalankan equiptment test untuk pastikan semua peralatan dalam keadaan baik. alhamdulillah kerja kami siap hari tu jugak dalam rangka masa yang diberi. takdelah terbawa-bawa sampai mengganggu kerja lain. kerjanya senang je tapi berlaku banyak slah faham dan kesilapan komunikasi antara ahli kumpulan yang sedikit sebanyak mengganggu kerja. almaklumlah baru lagi. kenal pun tidak. tambah-tambah lagi ada international student (IS) dalam kumpulan aku tu. berbelit jugak lidah aku nak bercakap dengan dia.

hari seterusnya kami diarahkan untuk menjalankan 'traverse' di sekitar kawasan yang dah ditetap lebih awal. bagi yang tak tahu, traverse tu penting untuk mendapatkan kawalan pada kawasan kajian. dalam bahasa mudah, untuk dapatkan 'horizontal control' yang penting dalam civil engineering. tak payahlah aku terangkan banyak2 pasal ni. makin pening nanti.
tugasan seterusnya adalah 'leveling'. dalam bahasa engineering ' levelling ni penting untuk dapatkan 'vertical control' ataupun vertical detail bagi kawasan kajian. aduhai..kalau silap ni mintak maaf ye. susah aku nak terangkan sebenarnya sebab banyak sangat istilah sofistikated dalam survey ni. peralatan untuk levelling ni lebih ringkas berbanding traverse. level, alat untuk levelling ni pun nampak lebih kecil daripada total station untuk traverse. nak teka harganya? alat level tu dalam lingkungan rm5ribu dan total station tu harganya dalam puluhan ribu. menggigil lutut aku dengar harganya. bayangkanlah kalau tersadung lepas tu hancur benda alah tu. tak menangis kau?tu belum sebut pasal robotic total station ( one man total station) yang mencecah harga RM120ribu. dah boleh beli mini cooper sebijik.
esoknya pula kami ditugaskan untuk mendapatkan peta geografi kawasan tu. sekali lagi kami gunakan total station. aku kurang terlibat dalam kerja 'detailing' ni sebab aku sibuk menyiapkan slide show untuk presentation pada malamnya.

seterusnya kami ada aktiviti 'treasure hunt' yang menggunakan aplikasi pengetahuan traversing untuk mencari titik sembunyi. hari yang memang mengganggu perasaan. ligat kami cari penanda tempat tu. alih2 tertanam jauh dalam tanah. padanlah tak jumpa.tapi kesusahan berbaloi sebab treasure hunt kami adalah yang terbaik di antara 22 kumpulan keseluruhan.

banyak lagi benda yang berlaku sepanjang survey camp ni tapi penat aku nak ceritakan. yang aku pasti survey camp dah beri peluang pada aku untuk kenal ramai kawan baru dan belajar bekerja dalam tekanan.

3 comments:

  1. bdk sombonk.. letih ak bace ko nyer blog... nasib bek ak paham... hoho.. mane gambar si foreigner ko tuh?? hahha

    ReplyDelete
  2. xde mknenye aku nk ltk gmbr tuh..
    hahaha.
    aku dh jmpe dh broadband aku 2..
    maunye kering darah aku klau x jmpe..
    buhekkk!!

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*