Kelam Masa Depan

Monday, July 20, 2020

Beberapa tahun dulu, salah seorang kawan baik aku pindah negara. Masa tu dah macam sedihnya.. Mesti dah payah nak jumpa. Ditambah pulak masing-masing sibuk dengan dunia sendiri, jaranglah boleh berborak walaupun masing-masing manjang kat Instagram. Fast forward 2 years or so, she asked for a video chat. Of course la aku ON je sebab dah rindu kan. Long-distance relationship ni lain macam sikit kaedahnya.

"We should do this more often" and end-up never video chatting again.
Masa ni la dia bukak cerita yang dia ada crush and apparently the crush had a crush on her too. So bukan bertepuk sebelah tangan la. Masa tu katanya tengah dilema sama ada nak kahwin terus atau nak tunang dulu sebab mamat tu student lagi. Aku pun cam, "OMG babe. Sounds like a catch. get engaged and wait fr him to finish his study"

Another fast forward to 2 years, kawan aku text aku cakap "Babe, I'm getting married this weekend" aku cam, wait what what what? Bukan ke nak tunggu dia habis belajar dulu? Pastu dia explain la yang mamat tu dah balik sebab Covid19. Memandangkan keadaan global tak menentu dan mak ayah kawan aku pun bimbang kawan aku sorang-sorang kat luar negara, diorang usulkan untuk kahwin sekarang. And that's how my friend got married to her crush.

Looking at her progression in life, I can't help but to look at myself as well. I'm still the same me.  I'm still bujang, doing my daily chores like clockwork. Nothing much has change. Tapi tak lama lagi hidup aku bakal berubah secara drastik.

Baru-baru ni syarikat aku mengumumkan yang semua pekerja tetap telah ditawarkan VSS (Voluntary Separation Scheme). Dalam kata mudah, kami dijemput untuk meletak jawatan. Masa tengah baca email tu jantung ni rasa nak berhenti. Gelap mata jap. Allah.. Aku dah 8 tahun buat kerja ni. Apa aku nak buat lepas ni? Dua malam aku tak dapat nak tidur nyenyak.

Kebetulan mak ayah aku datang dari kampung sebab nak melawat nenek yang sakit kat rumah mak sedara aku. So I built up a courage to break the news to them. Aku pun bagitau la pasal VSS tu. Macam yang aku agak, mak ayah pun terdiam tak tahu nak cakap apa. Aku tanya la patut ke aku ambik offer tu sebab kalau tak ramai yang ambik dan syarikat masih bermasalah nak tanggung pekerja, kemungkinan besar akan ada retrenchment. Time tu dah tak boleh pilih sama ada kau nak berhenti atau tak. 

Personally I've been thinking about quitting my job. But the fear of being jobless stopped me from doing so. Also, I did not want to disappoint my parents. They are so proud of the fact that I am an Engineer. Aku dapat bayangkan mulut-mulut orang kampung. Dahla tak kahwin-kahwin sebab gila kerja, sekarang dah tak ada kerja, what is left of me?

Tak tahu la kenapa tapi sebaik sahaja aku bukak cerita kat mak ayah, jalan nampak terang depan aku. Aku luahkan kebimbangan aku. Aku luahkan kemahuan aku. Umi macam tergamam. Betul telahan aku, umi ada bimbang orang mengata. Abah lebih tenang dan menyokong. "Mana-mana la kak. Apa yang akak rasa wajar".

Aku menimbang semua fakta:
Fakta 1: Aku masih di taraf Executive di syarikat aku ni. Dan buat masa sekarang, terlampau ramai Executive yang kebolehan hampir sama malah lebih baik daripada aku ada dalam syarikat.
Fakta 2: Aku sudah di tahap stagnant dari segi kebolehan untuk menyerap skill baru. Aku terlampau lama dalam position ni. No new thing to learn and it feels like I refuse to learn.
Fakta 3: Aku melayu. Ini company bukan melayu. Kalau ada kepala yang akan bergolek, boleh jadi kepala aku dulu.
Fakta 4: Aku penat. Lepas degree, aku sempat berehat seminggu sebelum lapor diri. Dan sejak dari tu hidup aku berkisar tentang kerja kerja kerja. Meeting guys? Social life? What are those?

Dan aku juga menimbang keadaan aku sekarang:
- Aku tak ada komitmen bulanan. Aku tak ada kereta atau rumah untuk dibayar bulan-bulan jadi aku tak begitu terbeban dengan hilang punca pendapatan.
- Adik aku dah habis belajar. Aku tak perlu rasa bersalah kalau tak dapat menampung perbelanjaan dia lagi.
- Aku ada kebolehan lain. Walaupun tak mewah, aku masih boleh survive dengan melukis. Pokoknya kena ubah gaya hidup. Tak boleh bermewah. Jangan hirau kata mulut orang.

Jadi aku nekad. Aku akan apply untuk VSS tu. Kalau diterima, insya Allah, lepas 12 tahun merantau, aku bakal kembali ke Terengganu. Kalau ditolak, alhamdulillah, rezeki masih panjang di sini. Apa-apapun, sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Aku bergantung sepenuhnya kepada Dia. Apa pun yang mendatang, sekelam mana pun masa depan, aku ikhlaskan pergantungan aku kepada-Nya.

Mana tau, mungkin makin rancak aku berkongsi di blog lepas ni.

Adieu

Inseparable

Wednesday, July 15, 2020


"Air dicincang takkan putus"
"Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua"

Gitulah kiranya hubungan minyak dengan Tupperware. Semenjak jadi level-level makcik, aku cukup gemar dengan Tupperware. Dulu bukan main kutuk mak obses ngan barang plastik last-last aku pun sangkut jugak. Heh!

Benda paling aku menyampah nak buat adalah basuh minyak dari bekas Tupperware. Kadang-kadang tu fikir dua tiga kali, "Hmmm.. mungkin aku patut guna tipuware je untuk bungkus makanan berminyak ni" sebab punya la menyampah nak menyental kesan minyaknya tu nanti. Agak-agaknya kenapa minyak ni suka sangat nak melekat di Tupperware ye? Kalau ada pakar kimia nak berkongsi, silakan.

Menurut pengetahuan kimia aku yang peringkat SPM ni, dua-dua minyak dan plastik (polyethylene to be precise since we're talking about Tupperware) adalah sebatian hidrokarbon dengan rantaian panjang yang non-polar. Air pulak polar jadi bahan-bahan ni taknak bergaul la dengan dia. Disebabkan itu minyak dengan polyethylene lebih selesa berdampingan bersama daripada bercampur gaul dengan Air. Perangai pulau-memulau ni bukan hanya ada apa manusia, dekat bahan kimia pun ada.

Sebab tu la juga kita memerlukan sabun untuk membersihkan kesan minyak. Sabun ni sifat dia bercampur polar non-polar. Senang cerita ada kekeliruan identiti. Tapi disebabkan sifat ni la dia boleh ubah sifat minyak dengan menyeliputi molekul minyak tu supaya minyak boleh bergerak bebas dalam air. 

"Babe, cleaning your greasy Tupperware should not be this complicated"

Memang la tak complicated tapi bila basuh Tupperware ni, tak kira la kau pakai sabun sebotol pun, jap lagi dah bilas confirm ada kesan minyak tu lagi. Punya la degil nak mampus. Biasanya aku akan basuh bekas tu dua kali, mula-mula dengan sabun pekat lepas tu bilas dengan air mutlak. DUA KALI! Kalau masuk kuah spageti ke, kuah nasi lemak ke, biasanya paling kurang pun 3 kali. Dah la berminyak, tinggal kaler la tu. Axion pun tak boleh bantu.

Pokoknya, kalau renyah nak basuh Tupperware, elok pakai jela bekas plastik tapau yang murah tu. Elok fedup duk menyental, kau campak je masuk gaung. Setel masalah..

"Tapi kak, we have to reduce single-use plastic"

Pulak...

Adieu

P/S: Takkan hilang minyak di Tupperware.. Punya puitis ayat kat twitter zaman sekarang LOL

Fat Advocate

Tuesday, July 14, 2020


At one point in my life, I weighed around 82kg. To be honest, other than major knee pain whenever I need to squat, I was fine. Fine is an inaccurate term. I was done. Tak kesah la gemuk gedabak ke apa ke. Lantaklah orang nak kata apa asal aku happy. Tapi tu masa tu la. Menjelang usia 30 tahun aku cam, "Eish takleh jadi ni. Apa kata kita kurangkan sikit berat supaya lutut tak tercabut time cangkung nak berak" because seriously, that almost happened.

So I went on Atkins diet for about 2-3 months. Lo and behold, I lost around 10 kg. Lepas tu aku cam, "Hmm okay la ni kot. Bukan nak aim kurus kerempeng pun". Nak mencangkung pun dah best lepas tu. Lenguh tu ada tapi takde la sampai nak nangis time nak bangun balik. Masa buat Atkins memang betul-betul jaga; gula tak ambik, nasi, roti tak ambik dan banyakkan makan protein dan fiber. Aku memang sangat suka makan tofu so benda ni tak jadi masalah. Cumanya susah sikit la nak convert dari pemakan thigh ke pemakan breast. Daging pun jarang sentuh sebab Atkins lebih prefer white meat (hence the breast). Berbaloi ke Atkins diet? Sangat berbaloi cuma agak mahal la. Believe it or not, healthy food are damn expensive.

Lepas capai 72kg, aku kembali ambik carbs cuma sebab dah terbiasa dengan Atkins masa tu, kuantiti carb yang aku amik pun berkurang secara drastik. Cumanya sugar intake aku mencanak naik, so still, carb.. Aku maintain dengan berat tu sampai la puasa hari tu. Puasa hari tu aku try buat Atkins lagi sekali just for fun. Tapi tak consistent so aku berjaya turun 4kg je. Dari 72kg aku turun 68kg. Lepas raya dan lepas balik kampung hari tu, aku naik balik jadi 72kg. Gahahaha. Yoyo gittew.

Sekembalinya dari kampung aku jadi nekad balik. Sebabnya, walaupun lutut dah tak ugut nak tercabut dari soket, kaki still cepat kebas bila mencangkung lama-lama. So aku pun pasang niat untuk turun berat supaya lepas ni kalau melabur, kaki tak lagi kebas.

Kahkahkah apa jadahnya diet sebab berak tak best?? 


Kali ni aku nak try Keto diet sebab macam tengah in je diet tu kat twitter, LOL. Berbeza dengan Atkins yang high protein-low carb, Keto adalah diet yang high fat, moderate protein and very low carb. They are rather similar since they cut off carb intake but with Atkins, your energy source is protein while with Keto it is fat. Keto diet gets your body in ketosis so you're forced to breakdown the fat in your food or stored in your body. Bunyi macam canggih manggih kan? Tapi sebagai individu yang berpuasa, kita dah biasa dah dalam fasa ketosis ni. It takes about 2-4 days to reach ketosis depending on your sugar intake. So really, it is a natural and familiar process.

Kenapa tak stick to Atkins since it worked well last time?
Sebab aku bosan. Plus aku baru dapat electric oven dari adik aku so aku cam.. "Ummmmhh takkan la nak makan dada ayam ngan tofu je. I want meat.." I want lotsa meat and fat ahahaha. So aku pun oklah jom buat keto diet.

Hari ni dah cukup seminggu aku buat Keto and I now weigh about 68kg. Those are probably water-weight anyway so lets see how it goes in a few months. Aku sekarang tengah cuba pujuk diri untuk bersenam dengan lebih kerap tapi tula. Payah betul. Kita tengok la cane nanti.

Adieu

P/S: Setiap kali rasa putus asa nak diet dan berat badan naik balik, eloklah pulang ke kampung dan melabur kat jamban cangkung supaya dapat balik motivasi nak kurus. Thank you tandas cangkung for being my biggest motivator to lose weight.

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*