You are Cancelled

Friday, June 21, 2019


Truth be told, I'm a hateful person. I hold grudges. I know people do it too. I'm not trying to justify my behavior, I just want to let it out there.

I tend to drop people when they did something beyond compromise. I can handle a few missteps here and there but once I snap, that's it. You're dead to me. You will receive no pity let alone love from me. The latest sod to join the rank was a colleague of mine.

Lets call her Z because she's now last in my list of insignificant character.

Z ni sebaya dengan aku. Meaning we both had some years under our belt. Tapi disebabkan dia sambung belajar, dia join company company ni jauh lebih lewat berbanding aku yang dah bertahun-tahun kerja. Disebabkan itulah aku ditugaskan untuk melatih Z ni. Aku tak ada masalah nak bimbing orang ke jalan yang benar. Sebelum ni pun trainee-trainee memang diletak bawah pengawasan aku sebab aku boleh dikatakan paling muda kat sini so mungkin lebih senang nak relate dengan budak-budak yang baru mula nak kerja.

Tapi aku bermasalah nak ajar orang yang taknak belajar. Penat dah point out benda sama jugak salahnya. And she blamed it as part of her character. "Aku memang tak detail oriented la Day. Nak buat macam mana?". Boleh eh bagi alasan macam tu as a professional? Tu belum cakap lagi pasal skill bahasa Inggeris yang level sekolah menengah. No, scratch that. Maybe lower. Masalah dengan skill bahasa yang lemah ni mungkin nampak macam isu picisan. Tapi cuba kau fikir, kita ada banyak lagi masalah teknikal yang nak diselesaikan. Kau fikir aku aku ada masa ke nak ajar apa tu verb, apa tu subject, apa tu object, apa tu SENTENCE STRUCTURE!!!??

Kalau semua dokumen yang kau prepare last-last aku kena rombak dan buat balik, kau tak rasa macam buang masa ke kau buat semua tu? Kau tak fikir aku ada kerja lain lagi nak buat ke? Suruh ambik course English, taknak. Tapi laju sign up untuk course advance macam 3D modelling yang takde kena mengena ngan tugas dia. Tau la nak pandai, tapi boleh tak pandai buat kerja dulu? Aku pun still join English course sebab malu prepare document tak betul. Kau dengan selamber tak pernah plan pun nak improve diri sendiri. Apa kau fikir aku personal proofreader kau ke?

Dan benda paling aku tak boleh blah dengan Z ni, dia ni jenis tak fikir orang lain. Ambik cuti tak bincang ngan team member. Kami ni bertiga je, Manager sorang, Engineer dua orang. Bila boss takde, aku memang dah confirm-confirm la tak boleh ambik cuti sebab kena standby. Bila ada cuti hari awal minggu tu tak boleh ke kau tanya sepatah dua kat kawan kau yang asal dari ceruk mana ni nak ambik cuti panjang ke apa ke? Taaaakkk. Yang kau fikir, kau je nak balik kampung. Kau je ada mak nak kena jenguk. Kau je ada kampung halaman. Tapi takpelah aku faham. Annual leave orang. Apa hal aku nak bising. First come first serve la bak kata orang kampung aku dulu.

Tapi! Bila kau nak cuti tu, boleh tak consider tugas kau?

So macam ni. Dalam department kitorang ada satu program knowledge sharing di mana setiap bulan ada seorang wakil dari beberapa team akan present berkenaan construction item yang berkaitan dengan diorang. Aku punya part dah lepas. So kali ni, dia punya turn. First of, dia buat slide terus kena reject dan bos bagi kata dua kat aku suruh aku take over, prepare presentation deck untuk dia. Fine, takpelah. Walaupun panas dalam hati, aku anggap charity jela. Bila aku dah siapkan presentation slide, boleh pulak dia tak pernah vet through material tu. Habis tu kau nak present main baca slide je ke?

Bos aku ada satu peraturan. Bila ada orang dalam team tu kena present, semua kena hadir untuk bagi support. Both morally and technically. So bila aku tengok tarikh presentation dia jatuh pada 10 Jun 2019, aku tak berkira, terus beli tiket flight balik KL on 9th June 2019. Mind you this was during raya holiday. A few days later flight prices are vastly cheaper. But you know what, it's okay. It's work. You have to do what you have to do.

But guess what. Dia boleh ambik cuti 10 haribulan tu. Walaupun dia kena present hari tu. Habis tu dia expect siapa yang kena ganti dia present? AKU? Macam tu? Aku dah hangin. Dah la sakit hati tak pernah fikir giliran orang cuti, bab kerja sendiri pun boleh dia tolak tepi atas sebab "Alamak.. tapi aku nak cuti hari tu... (muka sedih)".

Aku bertegas aku takkan ganti dia present. Apa-apa pun setel ngan bos, nak cancel cuti tu atau tukar tarikh presentation. Dia putuskan untuk tukar tarikh presentation. Ok la fine. Suka hati kau. Kau deal sendiri dengan Secretary General Manager untuk tukar tarikh. I don't give a fuck anymore.

Tapi lagi sekali Z buat tahi. Macam biasa la. Dia mana nak check giliran cuti orang bila dia buat apa-apa keputusan. So tarikh presentation dia jatuh pada hari bos aku cuti panjang. Basically nanti masa dia present, aku la kena back up dia. Aku la kena jawab semua soalan-soalan teknikal nanti sebab nak harapkan dia memang pandai buat muka sedih dan merengek. AKU HARAP AKU CIRIT BIRIT HARI TU SO THAT AKU BOLEH MC SEBAB AKU TAKNAK SUPPORT KAU! I refuse!

YOU ARE ON YOUR OWN YOU SELFISH PRICK! Goodbye forever.

Adieu

6 comments:

  1. Dalam setiap organisasi memang akan ada toksik people yang we cant do anything about is selain sabar sabar dan sabar.

    ReplyDelete
  2. Hilang sabar dah nad. Aku memang akan ignore je dia ni. Untung nasib timbul, untung batu tenggelam la dia.

    ReplyDelete
  3. Baca pun dah rasa geram. Tak boleh buat apa2 ke Day dengan orang macam ni? Report kat bos ke pasal behavior dia ke, marah dia ke, ignore dia ke, pulaukan dia ke? Ko kena do something jugak sebab minah ni dah effect ur happiness in life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update: Dia present, aku yang jawab semua soalan sebab dia krik krik tak tau apa. Lepas tu ada sorang manager ni puji presentation deck tu dan mintak Z email untuk reference dia. Z cakap "thank you. I will email it now". Sepatah pun tak clarify yang presentation deck tu aku yang buat. Ko rasa? KO RASAAAA? Sekarang aku tengah pulau dia sebab malas nak layan. Klau tolong, dia yang dapat kredit.

      Delete
    2. ko buat benda yang betul dengan pulaukan dia. kalau dia buat salah lagi ko sound direct je terus jangan simpan2. dan kalau boleh biar superior ko tahu betapa toxicnya dia, kalau tak nanti bos ko masih suruh ko tolong dia dan give her credit that she dont deserve. last2 ko jugak yang stress nanti.

      Delete
  4. Demmm... that type of colleague is either very selfish and highly calculative or just purely lacking common sense, blurry and doesn't know what priorities mean. Orang macam ni kena ada sorang superior yang boleh clearly lay things out pada dia depan2, in a private meeting (korang bertiga or just the manager and her alone), tell her all about her incompetence at the workplace and advise her to change and mend what needs to be. Also, make her understand the importance of undertaking an English course for the sake of writing comprehensible reports.

    Problematic colleague yang macam ni tak boleh dibiar in the dark, unaware of her own cancerous nature, unaware of the gravity of her misbehavior. Nanti lagi parah, lebih2 lagi bila dah bergelar bini orang yang kalau boleh tiap2 selang setahun nak apply maternity leave. Parah gila. Better straighten things out now and make her understand her responsibilities and what is expected of her as a reliable employee.

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*