Search Engine and You Should Use it

Tuesday, August 08, 2017

"There is no such thing as a stupid question"

.
.
.
.

True. Technically it's not a stupid question, it's a lazy question. Aku kerap share barang-barang yang aku rasa menarik. Dari barang-barang seni sampai la barang-barang kosmetik. Makanan pun kerap aku share. It's just my way to appreciate good quality/service.

Tapi setiap kali aku share, mesti aku dapat soalan bangang. Aku cakap bangang sebab benda tak payah tanya. Contohnya, aku share satu jenis pencuci muka ni. Finelah, mungkin aku tak listkan harga satu-satu, bagitau mana nak beli dan kulit muka apa yang sesuai dengan produk tu, tapi try la baca comment-comment yang dah berbalas kat atas tu. Dan kalau kau tak jumpa jawapan yang kau cari, apa kata Google? Yes! Google. It's an amazing thing.

Berbanding taip soalan panjang-panjang kat comment section aku "Produk tu semua nye untuk 'all skin type' ke?" better ko search terus kat google ke yahoo ke takpun paling cikai, Bing. Kata kuncinya [Garden of Eden] [skin type] . Kurang sikit tenaga dihabiskan untuk menaip. Terus dapat result. Jangan malas nak scroll artikel mana yang berkaitan. Aku menyampah dengan soalan pemalas macam sebab aku tak dibayar untuk menjawab soalan-soalan macam ni.

Dulu pernah aku promote satu kedai perkakas melukis ni. Kedai tu agak unik sebab ada jual artist grade fine art material. Dalam post tu aku dah mention nama shopping complex tu siap detailkan lagi escalator mana nak ambik untuk cepat sampai. Ko boleh tanya aku "shopping complex tu kat mana". Arghhh... Google laaaaaaaaaaaaaaa... Maps kan ada. Ko bajet kalau ko tanya camtu senang ke nak terangkan. Kan kalau search kat maps terus keluar siap dengan arah jalan dan mek salleh lagi yang akan guide ko sampai ke destinasi. Apa ke susah sangat ke nak paham konsep teknologi ni?

Satu lagi aku menyampah, "tu apps apa?"
Time aku live drawing, dengan nama programme terpampang besar kat penjuru kiri. Paint Tool Sai Paint Tool Sai PAINT TOOL SAI!!!!!!!!!!!!! And it's not an apps. Berapa kali la nak cakap? Masalah betul budak-budak yang kenal phone je. Semua benda pun tibai apps.

"Macam mana terer lukis?" - masa kecik dulu aku suka gusti dengan kerbau. Satu hari kerbau tu pijak tangan aku dan terus patah. Lepas tangan aku sembuh, aku terus terer melukis. Alhamdulillah mujur ada pamoga.

"Sejak bila pandai lukis" - Aku dilahirkan dengan seketul tablet. DNA aku telah dirangka supaya boleh melukis dengan baik sejak kecik. Safe to say that I am good at drawing even before I was born.

"Bila nak kawen?" - Apa kena mengena dengan kau aku kawen bila? Ko bajet aku nak jemput kau ke?

Adieu

The Thing About Engagement

Monday, August 07, 2017

OK, I'm not trying to shade anyone

Aku ada seorang kenalan. Baru-baru ni dia bertunang dengan pilihan hati. Kawan dah lama, alhamdulillah tahun ni mengikat janji. Aku agak tertarik dengan pilihan tarikh pertunangan mereka yang jatuh pada hari lahir lelaki dan tarikh langsungnya pada hari lahir perempuan. Aii.. berjanji ke? Bagus ni. Takdelah lupa wedding anniversary dan tarikh lahir pasangan masing-masing.

Aku cakap " Pandai awak pilih tarikh. Boleh celebrate birthday sekali"

Sambil gelak dia jawab "Sebenarnya nak buat majlis bertunang tu lebih awal. Duit tak cukup. Tapi sekarang dah alang-alang dapat harga promosi pelamin dan catering murah, tu yang buat majlis. Lucky."

OK tamat part kawan aku. Aku bukan nak cakap pasal dia tapi pasal adat bertunang alaf baru ni. Sampai ada pelamin dan catering bagai. Tapi takpelah. Duit orang. Bukan duit aku. Apa salahnya mak ayah berhabis kalau mak ayah tak kesah ye dak? Tapi sejak bila majlis bertunang pun sampai macam majlis kahwin? Ada pelamin, ada catering besar-besaran. Pulak tu ada pengusaha sewa pelamin further encourage this neo adat.

Kalau dulu majlis tunang tak ada pun bakal pengantin lelaki bersegak bergambar atas pelamin. Siap tengkolok lagi. Hebat sungguh. Pastu viral dekat ig, dekat facebook. Pertunangan itu kan eloknya dirahsiakan, pernikahan itu yang diwar-warkan.

Aku rasa orang kita cukup cenderung berhabis untuk benda yang tak perlu. Baru majlis tunang dah bergolok gadai. Belum walimatulurus lagi. 

"Ko dengki kan Day? Ntah-ntah nanti giliran ko, lagi meriah dari tu ko buat"

Ni bukan pasal dengki iri hati. Tapi aku rasa orang sekarang dah keliru dengan adat sendiri. Majlis pertunangan adalah majlis antara dua keluarga. Bukan sampai dengan kawan-kawan semua pun tutut berjamu. Yang paling pincang adalah bakal pengantin lelaki pun sama naik. Dulunya mak bakal pengantinlah watak utama.. Sekarang dah advance.. Rileks la. Time kawen nanti pakai la sampai tujuh persalinan pun. Time bertunang ni sabar dulu wahai jejaka.

I don't where I'm going with this.

Adieu

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*